Get $25 free
loading...

LGBT: Perkahwinan Pertama Bodo Mende Yang Diluluskan Undang-undang

Share This:

Setelah bersama selama 38 tahun,Bodo Mende dan Karl Kreile akhirnya berkahwin menjadikan pasangan kekasih lelaki ini yang pertama berkahwin di bawah undang-undang yang baru diluluskan di Negara Jerman.

Undang-Undang yang membolehkan pasangan sejenis berkahwin telah diluluskan oleh Bundestag (Parlimen Jerman) empat bulan lalu.

Pasangan tersebut telah mendaftarkan Perkongsian Sivil mereka 15 tahun lalu manakala 10 tahun sebelum itu, Bodo Mende dan Karl Kreile telah cuba untuk berkahwin namun gagal kerana tidak dibenarkan oleh Undang-Undang pada ketika itu.

Seramai 120 orang tetamu dan wartawan telah hadir di “Golden Room” di Dewan Bandaraya Schoeneberg untuk menyaksikan perkahwinan ini. “Ini adalah satu penghormatan yang tiada tandingan, untuk menjadi pasangan seks sejenis yang pertama berkahwin di Negara Jerman,” tegas Karl Kreile, mempelai kepada Bodo Mende.

Kedua-dua mempelai telah berjuang untuk menghalalkan perkahwinan sejenis lebih dua dekad lamanya.

Sementara itu di Malaysia, PELANGI Campaign for Equality and Human Rights Initiative (Pelangi Campaign), sebuah NGO yang memperjuangkan hak-hak LGBTIQ tempatan, mensasarkan tahun 2030 sebagai tahun di mana hak LGBTIQ di Malaysia akan diiktiraf sepertimana LGBTIQ diiktiraf di Barat.

Pelangi Campaign yang diterajui oleh saudara Numan Afifi, mensasarkan Sustainable Development Growth tertentu sebagai panduan untuk mencapai matlamat dan sasaran tersebut yang kononnya ingin menyampaikan mesej hak asasi manusia.

Program itu juga memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan.

Bekas pelajar dan tenaga pengajar sekolah agama di Perlis ini juga sebelum ini merupakan tenaga pengajar di Sekolah Demokrasi dan Ketua Organisasi DAPSY Subang.

Beliau melepaskan kedua-dua jawatan tersebut setelah isu ‘Big GAY Iftar’ yang dianjurkannya menjadi isu nasional dan memberi kesan negatif kepada Parti DAP.

Adakah DAP juga berpotensi akan mengiktiraf perkahwinan sejenis dengan memperjuangkan hak kumpulan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT)?

Tambahan lagi,DAP yang memperjuangkan LGBT dan menghina Islam dikatakan mahu menukar agama rasmi kepada Kristian.

Inilah yang mereka mahu bawa ke dalam pentadbiran negara Malaysia sekiranya mereka mendapat tampuk kepimpinan kelak yang boleh membawa kepada kehancuran negara seperti budaya liberalisme yang menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...