Get $25 free
loading...

Kerajaan Negeri Peruntukan RM14 juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2018

Share This:

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2018 yang akan memberi manfaat kepada 120,000 orang pelajar seluruh Terengganu.

EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, bantuan berupa wang tunai RM100 bagi setiap pelajar sekolah rendah dan menengah akan diagihkan pada bulan Disember ini sebelum persekolahan sesi 2018 bermula.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju menyediakan bantuan kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun sesi 2018 bagi setiap keluarga yang berpendapatan RM2,500 ke bawah berbanding RM2,000 pada tahun 2017 dengan maksimum dua orang pelajar setiap keluarga.

‘Keprihatinan dan kecaknaan kerajaan negeri dalam meringankan beban ibu bapa kerajaan bersetuju mengubah syarat jumlah pendapatan keluarga kepada RM2,500 ke bawah daripada RM2,000 bagi memberi peluang lebih

ramai pelajar mendapat bantuan persekolahan ini selaras dengan usaha kerajaan Memperkasa Pendidikan pelajar di negeri ini’.

‘Jumlah bantuan yang disediakan untuk tahun pelajar 2018 menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 2017 yang melibatkan peruntukan RM10.9 juta untuk 109,880 pelajar’.

‘Pemohonan boleh dibuat melalui online di laman danaTTB.Terengganu.gov.my bermula 5 Oktober sehingga 31 Oktober 2017’ katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman pagi ini.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...