Mungkin ada yang menganggap, apabila membicarakan tentang agenda Melayu dan Bumiputera, seseorang itu akan dianggap sebagai rasis. Hakikatnya, tidak ada sesiapa dapat menolak akan pentingnya membicarakan agenda Melayu dan Bumiputera dalam apa jua konteks samada menerusi perbincangan mahupun politik.
Bagi UMNO, antara perkara teras yang diberi keutamaan adalah memperjuangkan nasib orang Melayu dan Bumiputera di tanahairnya sendiri. Harus diakui bahawa Semenanjung Malaysia ini adalah tanah milik orang Melayu sebelum keterbukaan kaum Melayu itu sendiri menerima kehadiran kaum-kaum lain bagi berkongsi sama apa sahaja yang ada di bumi Tanah Melayu ini.
Namun begitu, arus kemodenan telah menghakis sedikit demi sedikit agenda Melayu ini. Ditambah pula dengan sikap pembangkang di negara ini yang langsung tidak pernah meletakkan agenda Melayu dan Bumiputera sebagai teras perjuangan mereka.
Lihat sahaja DAP yang memperjuangkan Malaysia Malaysiannya di mana semua kaum berhak mendapat keistimewaan yang sama tanpa mengira Melayu, Cina dan India. Idealogi ini telah menjadi ikutan buat kesemua parti yang menganggotai Pakatan Harapan seperti PKR, PAN dan PPBM di mana mereka seolah-olah harus akur kepada idealogi yang diterapkan oleh DAP selaku pemilik kuasa mutlak di dalam Pakatan Harapan.
Sebenarnya, perkara ini telah lama di beritahu oleh ramai pemimpin UMNO dan ianya sekali lagi diulangi oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib semasa pengumuman penyertaan beliau semula kedalam UMNO. Selama 5 tahun beliau “berkelana” bersama-sama PAS dan PKR menerusi Pakatan Harapan dan hasilnya, beliau mengakui, tidak ada langsung agenda memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera di dalam Pakatan Harapan.
Inilah antara punca kenapa beliau memilih untuk pulang semula kepangkuan UMNO setelah 5 tahun berkelana mencari hala tuju politik yang sebenar. Beliau mengakui, hanya UMNO sahaja yang meletakkan agenda Melayu dan Bumiputera ditahap paling tinggi kerana di dalam Pakatan Harapan, mereka saling bertelingkah mencari siapa yang berhak memiliki kuasa mutlak dan diangkat sebagai Perdana Menteri.
Apa yang diluahkan oleh Tan Sri Muhammad ini tidak lebih dari pengulangan kisah yang selama ini telah dan sering diberitahu oleh para pemimpin Melayu UMNO. Namun, disebabkan oleh taktik kotor DAP dan pembangkang yang seringkali menggunakan hasutan untuk memecah belahkan kaum Melayu dan Bumiputera, kisah kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera ini seringkali dipandah remeh oleh para pentaksub pembangkang.
Mungkin mereka lupa bahawa, tanah ini dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu dan seharusnya status tinggi ini terus dipertahankan walau 1000 tahun mendatang. Akan tetapi, sudah ada kaum Melayu dan Bumiputera mudah lupa bahawa tanpa tanah ini, kaum Melayu dan Bumiputera akan merempat ditanahair mereka sendiri tanpa ada sebarang pembelaan sewajarnya.
Mahukah kita menjadi seperti penduduk Palestin, Rohingya, Bosnia dan banyak lagi negara yang menyaksikan penduduk peribuminya tersingkir dari tanahairnya sendiri? Mahukah kita menggadaikan masa depan anak cucu kita hanya disebabkan ketamakan kuasa yang kita lakukan hari ini?
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
