Get $25 free
loading...

Mahathir, Ibarat Dari Bumbung Jadi Lantai Kayu Yang Lapuk

Share This:

Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad, kalau hendak diibaratkan dengan perumpamaan, bolehlah diumpamakan macam dulu dia ibarat bumbung tapi kini dia ibarat lantai usang yang sudah lapuk dan reput. Sesiapa yang memijaknya dan berharap ia kukuh akan ditimpa kemalangan akibat lantai yang sudah lapuk itu patah.

Selama 22 tahun, dari tahun 1981 hingga 2003, Mahathir dengan aktif memainkan watak sebagai pemimpin dan wira orang Melayu dalam UMNO sehingga dipercayai beliau sebagai pelindung rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, sempat juga duit Bank Negara Malaysia (BNM) hilang sampai RM31.074 bilion masa zaman beliau. Bukan mahu menuduh, tapi Mahathir sudah pasti ada terlibat dalam perbuatan menyembunyikan kerugian berkenaan daripada pengetahuan rakyat.

Sudah tidak jadi Perdana Menteri, Mahathir perlahan-lahan ubah watak untuk jadi pembangkang dengan mendesak dua Perdana Menteri meletakkan jawatan dengan membuat tuduhan tidak berasas. Sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mentadbir negara diasak dan diserang oleh Mahathir berkali-kali supaya jatuh.

Kini, perubahan watak Mahathir sudah lengkap kerana kini beliau sudah jadi ketua pakatan pembangkang, iaitu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dengan misi menumbangkan BN.

Bumbung yang dulu memayungi rakyat dengan cerita mempertahankan masa depan mereka kini, sudah jadi lantai yang lapuk dan menghancurkan harapan orang ramai dengan watak pengkhianat yang jauh berbeza.

Musuh-musuh ketat yang dulu begitu dijauhi Mahathir kini semua jadi rakan malahan rapat seperti ahli keluarganya pula. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang kini gandingan rapat Mahathir untuk menjatuhkan BN.

Ada betulnya juga gelaran yang diberikan oleh pembangkang pada sekitar tahun 90-an kerana perangai Mahathir memang menyerupai gelaran itu.

Mahathir memang umpama “MahaFiraun” kerana, hanya pemimpin yang gila kuasa serta tidak langsung mempedulikan masa depan negara sanggup melakukan perkara sedemikian. Rakyat kini hanya digunakan sebagai alat untuk Mahathir menghasut mereka untuk dapatkan sokongan untuk undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Rakyat bukan lagi ruang parti pembangkang diketuai Mahathir untuk menjalankan tugas berbakti kepada mereka sebagai membalas mandat yang diberikan sebaliknya kemenangan digunakan untuk terus menghentam kerajaan tetapi rakyat terus dipinggirkan.

Orang macam Mahathir tidak akan berhenti melakukan apa sahaja selagi dia tidak dapat apa yang dia mahu tanpa memikirkan apa kesudahan yang bakal menimpa diri dan maruahnya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...