Get $25 free
loading...

​​​​Menteri: KR1M ditutup sementara untuk penambahbaikan

Hamzah Zainudin berkata, penutupan itu untuk menambah baik kelemahan KR1M dan menggalakkan kerjasama lebih baik antara agensi kerajaan serta membuka peluang perniagaan luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

Hamzah-Zainudin-kedai

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah sebahagian daripada penambahbaikan seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Julai lepas.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambah baik kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja menawarkan harga barangan keperluan lebih murah, tetapi juga memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pelanggan serta menggalakkan keusahawanan dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, penambahbaikan itu juga akan menggalakkan kerjasama lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

katanya, butiran lanjut mengenai penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menambah baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal

Mydin alami kerugian besar kendali Kedai Rakyat 1Malaysia


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...