Get $25 free
loading...

Flora Damansara memang ada masalah, kata wakil penduduk

Bagaimanapun Wan Mohd Zaid Ismail berkata kumpulan yang dirakam berceramah kepada pengunjung sebuah kedai kopi bertindak mengikut kehendak sendiri.

flora-damansara

PETALING JAYA: Masalah di Flora Damansara yang disuarakan oleh sebuah kumpulan dalam video yang tular memang berlaku dan tidak diperbesar-besarkan, kata pemangku pengerusi persatuan penduduk Wan Mohd Zaid Ismail.

Bercakap kepada FMT hari ini, Zaid berkata kumpulan itu mengikut kehendak sendiri pergi ke kedai kopi dan menyuarakan bantahan mengenai penyalahgunaan dadah, meminum arak di khalayak ramai dan berpakaian tidak sopan.

Wan Mohd Zaid tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menyokong usaha yang baik.

“Itu idea dan rancangan penduduk. Itu hak individu. Itu di luar kawalan saya.

“Tetapi masalah yang disuarakan penduduk memang berlaku. Saya tidak menafikannya. Masalah itu bukan dibuat-buat atau diperbesar-besarkan.

“Penduduk rasa tidak selesa, misalnya bila mabuk secara terbuka, dan orang yang mabuk melakukan gangguan,” katanya semasa dihubungi.

Zaid diminta mengulas mengenai video seorang lelaki yang memberitahu pengunjung sebuah kedai kopi di Flora Damansara untuk berpakaian sopan.

“Pertama, kami menentang sebarang penyalahgunaan dadah dalam komuniti ini.

“Kedua, kami menentang penggunaan alkohol di khalayak ramai di Flora Damansara. Mengapa? Kerana tempat ini dihuni penduduk majoriti Islam. Ini tidak menghormati orang Islam.

“Terdapat juga aktiviti mencurigakan seperti pelacuran.

“Saya menggesa anda semua tidak memakai pakaian yang ‘terdedah’,” katanya.

Ketika dihubungi FMT, lelaki yang dirakam bercakap dalam video itu enggan mengulas dan berkata: “Saya mungkin akan ulas esok”.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...