Get $25 free
loading...

Anwar Ibrahim Kemalangan

Share This:

Kami baru terima berita bahawa konvoi kereta dan van yang membawa pegawai penjara dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terlibat di dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari.

Kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.30 tengah hari di simpangan trafik berdekatan Saujana Utama. Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan, dan kereta pengiring telah melanggar kereta di hadapan. Kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalami kerosakan di bahagian belakan kereta.

Syukur bahawa Datuk Seri Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh. Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnathurai, Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, dijadual untuk bertemu beliau pada jam 5 petang ini dan untuk menetapkan sama ada Datuk Seri Anwar memerlukan sebarang rawatan lanjut di hospital.

Sivarasa Rasiah
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim
22 September 2017

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...