Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah hilang ingatan dek khayalan politik apabila mengatakan negeri Pulau Pinang ditadbir secara telus dengan integriti kerana dua negeri itu sudah diketahui dipimpin oleh ketua kerajaan negeri yang bermasalah.
Beliau berucap dalam ceramah peringkat pertama dalam perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya selepas perhimpunan itu bermula pada pukul 4 petang.
“Jika Selangor dan Pulau Pinang boleh ditadbir dengan telus dan cekap oleh Pakatan Harapan….. ,” katanya.
Syed Saddiq lupa bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri negeri itu yang pertama dituduh rasuah kerana beli banglo tapi dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran apabila menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri.
Bukan sedikit duit yang Guan Eng seleweng mentadbir Pulau Pinang.
Kertas Kajian Terowong Dasar Laut yang dicadangkan oleh Pulau Pinang sahaja berjumlah RM20 juta jauh lebih mahal daripada harga sepatutnya.
Projek sama di Kanada hanya bernilai RM325,000. Kalau pasal Guan Eng, beliau tidak akan jawab walau didesak macam mana pun oleh pelbagai pihak.
Di Pulau Pinang, kerajaan DAP sendiri sudah mengaku bahawa di negeri itu, operasi premis haram terutamanya kilang haram dilindungi daripada tindakan penguatkuasaan kerana kononnya mahu mencari jalan penyelesaian yang lebih baik bukannya mementingkan kepentingan rakyat yang kesihatan mereka terganggu dek persekitaran yang tercemar.
Dekat Selangor pula, rakyat sudah tahu begitu banyak isu yang Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak mahu jawab dan masih berdiam diri.
Isu dana skim bantuan untuk rakyat Selangor dan isu tanah di Paya Indah Wetland pun masih belum selesai.
Tapi bagi Azmin beliau tidak peduli itu semua, kepentingan dan cita-cita politiknya sebagai Menteri Besar perlu dipenuhi segera sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana kalau Selangor kalah, Azmin sudah kembali jadi Timbalan Presiden PKR sahaja dan tidak ada lagi kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan dalam Parlimen.
Tukang berceramah itu pun tidak kurang hebatnya, Syed Saddiq sendiri buat sidang media umumkan kononnya ada orang mahu sogok kepada dia RM5 juta tapi sampai sekarang belum buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Semua ceramah cakap macam-macam tapi tidak ada satu pun yang betul.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
