Tidak perlu cakap banyak, bukti perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi hari ni di Padang Timur sudah jelas apabila di media sosial Twitter, hashtag berkaitan perhimpunan berkenaan langsung tidak trending di kedudukan lapan teratas.
Bukan baru sahaja bermula, ia sudah bermula sejak pukul 4 petang tadi dan akan berakhir pada tengah malam ini pada pukul 12 tengah malam.
Begitu lama sudah berlangsung, di Twitter pun langsung tidak boleh trending, apatah lagi di Facebook, perhimpunan haram yang hambar ini memang tidak mendapat sambutan langsung oleh rakyat.
Paling trending ialah perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United di Stadium Anfield
Malam ini, paling hangat dan ditunggu-tunggu ialah perlawanan Super Sunday biasanya bagi peminat bola sepak Inggeris dan ia paling dibualkan dalam Twitter di negara ini termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang merupakan penyokong Manchester United.
Hashtag pembangkang #SayangiMalaysia, #MalaysiaKitaPunya dan #HapuskanKleptokrasi tidak mendapat tempat langsung di hati orang ramai di Malaysia.
Sebenarnya, perhimpunan ini memang dirancang untuk gagal kerana mahu menutup peluang Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad untuk disukai rakyat kerana Pakatan Harapan tidak sukakan beliau.
Perhimpunan ini, sengaja diadakan pada waktu petang sampai waktu malam pada hari ini kerana mereka mahu ia gagal apabila ia bertembung dengan perlawanan berkenaan, bagi pemimpin politik, setakat terlepas tengok bola, tidak mengapa yang penting Mahathir akan berjaya dihapuskan.
Mahathir pulak sengaja diberikan ruang untuk berceramah pada saat-saat akhir menjelang pukul 12 tengah malam kononnya sebagai pemimpin yang mengetuai pakatan, beliau akan berceramah pada saat-saat akhir sebagai penutup paling hebat. Dalam perhimpunan ini, sebenarnya ia satu perkara lain.
Beliau sudah berumur 92 tahun dan menjelang lewat malam, Mahathir tentu penat menunggu sampai ke saat akhir sejak berada di atas pentas utama sejak pukul 4 petang. Ada kemungkinan masa beliau berucap, padang sudah kosong kerana semua orang sudah balik.
Dek kerana kegagalan ini, parti DAP, PKR dan PAN akan menutup mulut Mahathir supaya sedar diri dengan hanya satu kerusi Parlimen Mahathir jangan mimpi mahu mengetuai pembangkang ataupun diperlukan jadi Perdana Menteri.
Habis duit Mahathir kena kikis, Mahathir akan dibiarkan mereput mengharapkan belas dari pembangkang yang sebenarnya sudah lama mahu menghancurkannya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
