Get $25 free
loading...

Rafizi Ramli, Syed Saddiq Dan Suhaizan Kayat Memang Banyak Persamaan

Share This:

Dalam politik, barisan pemimpin pelapis adalah sesuatu yang cukup ditik beratkan oleh setiap parti politik. Melalui merekalah rakyat dapat menggambarkan hala tuju sesebuah parti setelah pemimpin yang ada pada hari ini bersara kelak. Namun begitu, bukan semua pemimpin pelapis mampu menunjukkan contoh yang baik.

Di dalam Pakatan Harapan, nama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ketua Armda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN) Suhaizan Kayat tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka adalah pemimpin pelapis buat PKR, PPBM dan PAN yang secara tidak langsung berkongsi banyak persamaan tanpa kita sedar.

Secara amnya, ketiga-tiga orang ini masih muda dan Syed Saddiq adalah yang paling muda diantara ketiga-tiga mereka. Justeru, tidak hairanlah apabila ketiga-tiga mereka berkongsi kegemaran yang sama iaitu mencipta fitnah yang langsung tidak berasas.

Tidak terhenti setakat itu, mereka juga berkongsi satu lagi hobi iaitu mencipta fenomena dan mereka-reka cerita untuk meraih publisiti murahan untuk politik mereka. Lihat sahaja bagaimana Rafizi Ramli secara tidak sengaja memperakui bahawa dia telah menggelapkan sumbangan orang ramai sebanyak RM 1.5 juta untuk kepentingan dirinya sendiri.

Disebabkan Rafizi “kantoi” besar-besaran, dia sanggup mengeluarkan satu video yang mengherdik Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansur dengan perkataan bodoh sebanyak hampir 50 kali dalam satu video.

Syed Saddiq pula “kantoi” apabila sidang medianya semalam yang kononnya mahu meraih simpati di atas penolakannya kepada tawaran menyambung pengajian di Universiti Oxford dan cubaan merasuahnya sebanyak RM 5 juta, telah didedahkan oleh netizen di laman-laman sosial hari ini.

Dia yang semalam menangis kononnya sebak kerana terpaksa menolak tawaran belajar, secara tidak sengaja telah mendedahkan kesilapannya sendiri menerusi pengubah suaian surat tawaran yang mungkin disalin dari enjin carian Google. Malah, tuduhan cubaan fitnahnya sendiri juga gagal dibuktikan dengan membuat laporan kepada pihak SPRM.

Bagi Suhaizan pula, disebabkan keinginannya untuk memburuk-burukkan kerajaan, bulan lalu, dia secara tidak sengaja membuat perbandingan taraf kehidupan warga luar bandar dengan masalah penurunan harga getah di pasaran. Malah, dia juga turut cuba mengaitkan kenaikan harga ikan di pasaran tempatan dengan masalah ekonomi semasa.

Walaupun apa yang cuba diketengahnya itu nampak baik, namun, disebabkan kesilapan percaturan, dengan penampilan dan fakta yang salah, dia menjadi bahan kecaman oleh netizen yang secara terang-terangan mengetengahkan penipuannya terhadap kerajaan.

Inilah dia ciri-ciri pemimpin pelapis yang ada di dalam Pakatan Harapan hari ini. Bayangkan sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan, dengan barisan pemimpin pelapis yang boleh membuatkan orang ketawa persis sketsa Mr Bean, apa akan jadi kepada nasib negara. Paling utama, adakah ini sahaja taraf pemikiran pemimpin pelapis yang ada di dalam Pakatan Harapan?

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...