Rasanya, ramai yang sedang menantikan, apa tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap DAP. Atau mungkin sahaja ada yang sudah terlupa kemelut DAP yang harus melaksanakan semula Pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) setelah ROS sendiri telah mengeluarkan arahan bahawa DAP wajib melakukan pemilihan semula setelah dua pemilihan sebelum ini didapati menipu.
Sepanjang arahan berkenaan dikeluarkan, ramai pemimpin DAP cuba untuk melenggah-lenggahkan masa bagi membolehkan parti berkenaan tidak perlu untuk melaksanakan pemilihan semula atau setidak-tidaknya mendapat penangguhan pemilihan CEC ini. Namun, pada satu ketika, ROS bertegas untuk menyuruh DAP melaksanakan CEC sebelum atau pada 29 September yang baru lalu.
Namun begitu, secara tiba-tiba kes ini senyap begitu sahaja setelah beberapa isu nasional dimainkan oleh pihak pembangkang. Nampaknya, helah berkenaan semakin menjadi sehinggalah semakan semula dilakukan terhadap arahan ROS kepada DAP.
Apa yang pasti, sehingga hari ini, DAP masih kekal berdegil untuk melaksanakan CEC kerana mereka kekal bertegas bahawa pemilihan yang mereka lakukan sekitar tahun 2015 dan 2016 itu adalah sah. Manakala pemilihan pada 2012 berkenaan dianggap sebagai terbatal setelah pemilihan baru dilakukan pada tahun lalu.
Apa yang menjadi persoalannya sekarang adalah, pemilihan pada 2016 juga turut dipertikaikan oleh ahli DAP sendiri. Justeru, tidak ada sebab buat DAP untuk kekal menangguh atau cuba membatalkan arahan ini. Lebih ajaibnya, sehingga hari ini, pihak ROS masih kekal mengambil sikap kunci mulut walaupun tarikh akhir untuk DAP melaksanakan CEC ini sudah tamat.
Bayangkan sekiranya perkara yang sama turut berlaku kepada pertubuhan lain. Sebaik tamat sahaja tarikh akhir yang diberi, pertubuhan atau persatuan berkenaan terus digantung atau terus di haramkan penubuhannya. Namun, perkara ini tidak berlaku kepada DAP dan parti ini masih kekal bergerak dan beroperasi seperti biasa tanpa perlu bimbang akan tindakan susulan daripada ROS.
Persoalannya, sampai bila DAP boleh memperkotak katikkan undang-undang yang telah digariskan oleh ROS itu sendiri? Adakah DAP mendapat layanan taraf VIP bagi membolehkan mereka sewenang-wenangnya ingkar terhadap arahan yang dikeluarkan oleh ROS? Atau mungkinkah DAP menggunakan barisan peguam yang menjadi ahlinya untuk melindungi mereka dari sebarang tindakan daripada ROS?
Dalam hal ini, ROS harus mengambil tindakan yang cukup tegas setelah melihat cara DAP melayan arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Jika perlu digantung atau diharamkan, lakukan sahaja tanpa perlu bimbang kepada deretan peguam yang pasti akan mengheret kes ini ke mahkamah. Undang-undang sudah jelas dan seharusnya semua pihak, baik ROS mahupun DAP akur kepadanya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini