Get $25 free
loading...

Kad sementara anak JKM perlu setaraf IC bukan kad OKU

Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia berkata kad itu mesti diperakui agensi kerajaan dan boleh membantu mereka hidup seperti orang lain.

Muhammad-Khairul-Hafiz-Abdullah-perbak-jkmPUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan kerajaan mempersoal fungsi kad pengenalan diri sementara yang akan diberikan kepada bekas anak jagaan pusat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang belum mendapat taraf warganegara sah.

Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) berkata, sejak kad tersebut dilancarkan pada 28 September lalu, kerajaan tidak memberi penerangan lanjut berhubung kad tersebut sekaligus menimbulkan pesoalan sama ada kad itu diiktiraf semua agensi kerajaan.

Katanya, sekiranya kad tersebut setaraf kad Orang Kelainan Upaya (OKU), kad itu tidak akan membantu mereka hidup seperti orang lain, dengan selamat dan tanpa rasa takut.

“Adakah pihak berkuasa tempatan polis dan imigresen tahu tetang kewujudan kad tersebut? Bagi saya, kad ini perlu diperakui semua agensi kerajaan, polis, hospital malah JPJ.

“Kalau kad itu setakat untuk kepentingan peribadi macam kad OKU maka tidak perlu bazir duit rakyat,” katanya Presiden Perbak Muhammad Khairul Hafiz Abdullah kepada pemberita hari ini.

Lebih mengejutkan apabila pegawai JKM sendiri tidak dapat menjelaskan fungsi kad tersebut apabila ditanya, kata Khairul.

Sebelum ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengeluarkan kad pengenalan diri sementara kepada bekas jagaan pusat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang belum mendapat taraf warganegara sah.

Menteri Datuk Rohani Karim berkata kad itu untuk membantu bekas jagaan JKM mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan kecemasan selepas meninggalkan pusat kebajikan.

“Sebelum ini anak-anak yang keluar JKM selepas berumur 18 tahun hanya diberikan surat sokongan sementara menunggu proses permohonan kad pengenalan diluluskan,” katanya.

Cuba tutup video tular

Mengulas lanjut, Khairul turut mendakwa pelancaran kad tidak dirancang dengan betul sebaliknya dibuat bertujuan untuk menutup isu video yang tular baru-baru ini.

Video itu mengenai bekas jagaan JKM yang terabai dan tidak dipantau selepas keluar dari rumah kebajikan, sehinggakan ada yang menjadi pelacur kerana kesukaran mendapatkan pekerjaan, kerana tidak memiliki kad pengenalan dan taraf warganegara yang sah.

“Sewaktu pelancaran (Rohani) saya tidak dibertahu tentang kewujudan kad. Dalam sidang media (28 September) tiba-tiba umum kad pengenalan sementara.

“Kenapa wujudkan kad ini. Ia bermaksud tuduhan dalam video adalah benar,” katanya.

Menurutnya, ramai bekas penghuni rumah kebajikan berdepan pelbagai masalah kerana tidak mempunyai kad pengenalan, termasuk tidak dapat bersekolah, memiliki akaun bank dan juga berkahwin.

“Anak-anak ini dibesarkan oleh JKM, mereka keluar institusi, kerja tetap pun tiada. Ada majikan ambil kerja, gaji tak bayar.

“Isu ini perlu diketengahkan. Mereka ini lebih berhak terima Bantuan Rakyat 1Malaysia,” katanya sambil mendesak kerajaan supaya membincangkan isu kebajikan bekas jagaan JKM semasa membentangkan Bajet 2018.

JKM lepas tangan

Sementara itu, Khairul mendakwa pihak JKM seolah ingin lepas tangan apabila menyerahkan tanggungjawab mencari bekas jagaan JKM untuk tujuan pemberian kad pengenalan diri sementara kepada Perbak.

“Pihak JKM minta kami untuk mencari bekas anak jagaan dalam tempoh seminggu. Arahan itu tidak masuk akal,” katanya.

“Mana kami mampu nak cari seluruh negara. Sepatutnya mereka juga bantu dengan mewujudkan kaunter di setiap negeri, bukannya mengarahkan semua anak-anak tersebut datang ke Putrajaya, sebab ia akan menelan kos bagi anak-anak terbabit,” katanya.

Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata dalam 11 tahun sejak 2006 sehingga 30 Jun tahun ini, terdapat 543,363 anak dilahirkan dengan status “tidak sah taraf” di negara ini.

Status itu diberikan terhadap anak dilahirkan dalam perkahwinan yang tidak mengikut peraturan dan juga anak luar nikah untuk pasangan Islam. Status itu turut diberikan terhadap anak yang tidak diketahui identiti ibu bapanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...