Get $25 free
loading...

Ibu 2 anak curi pakaian di Sogo dipenjara 4 hari

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai 2 anak masih kecil.

women-theft

KUALA LUMPUR: Seorang ibu 2 anak yang mencuri pelbagai jenis pakaian bernilai hampir RM680 di sebuah kompleks beli-belah dijatuhi hukuman penjara 4 hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap penganggur, Siti Mariani Daud, 30, selepas dia mengaku bersalah mencuri antaranya 7 baju dan 4 helai seluar pelbagai jenama milik Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 12.20 tengah hari 14 Oktober lalu.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap pada 14 Oktober dan dia dipenjara 3 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali ke-2 dan seterusnya hendaklah dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan pencegahan kepada masyarakat awam.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia mempunyai 2 anak masih kecil.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...