Get $25 free
loading...

Hakim, peguam ke makmal kimia lihat baju ‘LOL’

Ia untuk menghadiri proses pengecaman baju yang dikatakan dipakai wanita Vietnam pada 13 Feb lalu.

lawyers-to-view-‘LOL’-shirtSHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam bersama-sama peguam tertuduh kes pembunuhan Kim Jong Nam akan ke makmal kimia bagi melakukan pengecaman baju “LOL” dan sehelai lagi baju yang dipakai kedua-dua wanita yang dituduh membunuh Kim Jong Nam Februari lalu.

Hakim Datuk Azmi Ariffin mengeluarkan perintah itu selepas peguam mewakili warga Indonesia Siti Aisyah, Gooi Song Seng membangkitkan keperluan untuk sesi pengecaman baju anak guamnya.

Bahkan Siti Aisyah dan seorang lagi tertuduh, warga Vietnam Doan Thi Huong turut akan hadir ke makmal kimia Jabatan Kimia Malaysia pada Isnin minggu hadapan untuk proses pengecaman.

“Ketika di dalam mahkamah, pakar kimia Dr Raja Subramaniam nyatakan agen saraf VX tidak merebak melalui persekitaran dan kesannya boleh hilang jika dicuci dengan bersih.

“Tetapi apabila diminta untuk buka di mahkamah, dia (Dr Subramaniam) sendiri takut. Dia mesti dapat lakukan apa yang dikatakan,” kata Gooi dan peguam bela Doan, Datuk Naran Singh, kepada pemberita di luar mahkamah, hari ini.1e5d809d-3de2-4da3-9d38-f3a517e8d1fd

Sementara itu, peguam Siti dan Doan kurang senang apabila Dr Subramaniam membangkitkan isu pakaian yang didakwa dipakai kedua-dua anak guamnya.

“Kami langsung tidak melihat apa logiknya dokumen analisa pakaian Siti dan Doan tidak dibekalkan, sebarang penemuan baru haruslah diberikan kepadanya.

“Bahkan, kami lebih terkejut apabila beliau yang juga merupakan saksi kelapan memberitahu bahawa baju yang dikatakan dipakai Siti dan Doan sudah dikoyakkan. Apa tujuan mengoyakkan baju berkenaan,” soal Gooi.

Naran pula menyatakan dokumen analisa dari makmal kimia itu seharusnya diberikan kepada pihak pembelaan.

“Dokumen ini penting, pertamanya ia menunjukkan anak guam kami positif dan mempunyai kaitan dengan agen saraf VX, terutamanya di bahagian baju, dan cebisan kukunya.

“Jadi kami hendak tahu, bilakah ia diambil, siapakah yang mengambil sampel berkenaan, apa yang berlaku selepas dari itu, kerana ia amat penting buat kami,” katanya.

Di dalam mahkamah, Dr Subramaniam mengesahkan, agen saraf VX ditemui pada baju yang dikatakan dipakai Siti dan baju Doan yang tertulis “LOL”.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan pembunuhan lebih mudah dilakukan dengan cara menyapu agen saraf vx ke bahagian muka berbanding dengan menyembur dan menyimbahnya. Ia kerana, agen saraf VX dapat meresap masuk ke dalam mata dan juga salur darah di bahagian muka.

“Jika seseorang menggunakan agen saraf VX sama seperti menggunakan penyembur serangga, ia kurang berkesan kerana memerlukan pelarut untuk mengurangkan kelikatan agen saraf VX,” katanya.

Siti dan Doan sebelum ini mengaku tidak bersalah membunuh Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong Un, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...