Get $25 free
loading...

Syed Saddiq Macam Anak Muda Kurang Kasih Sayang

Share This:

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat seperti anak muda yang kurang mendapat kasih sayang selepas membuat pengakuan tentang tawaran yang diberikan kepadanya.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau amat bersimpati dengan Syed Saddiq yang berusaha gigih dalam mendapatkan perhatian orang ramai.

Annuar berkata, beliau amat bersimpati dengan Syed Saddiq yang dihentam teruk oleh pelbagai pihak selepas sidang medianya, Isnin lalu.

“Saya bersimpati dengan dia kerana dalam bahasa mudahnya, dia anak yang kurang dapat perhatian. Sebab itu dia perlu mencari perhatian dengan membuat sidang media pasal tidak sambung belajar. Ramai lagi yang tidak sambung belajar, tidaklah sampai nak buat sidang media.

“Tapi dia ambil keputusan nak buat (sidang media), tak mengapa. Dia anak muda baru nak belajar politik. Dia suka tengok media bagi publisiti kepada dia. Jadi kalau dia fikir publisiti itu dari soal dia tak sambung belajar, tidak mengapa lah,” katanya kepada media malam tadi.

Terdahulu, Annuar menghadiri program jelajah Dialog Perjuangan 4 All di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Turut hadir Ahli Parlimen Balik Pulau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan moderator Profesor Madya Datuk Dr Junaidi Abu Bakar.

Annuar berkata, jika tawaran wang RM5 juta yang diberikan kepada Syed Saddiq itu benar berlaku, ia dilihat amat tidak berbaloi.

“Adakah berbaloi RM5 juta untuk bagi kepada orang seperti Syed Saddiq? Kalau saya ada duit RM5 juta, saya akan bagi kepada 100 anak muda untuk ternak kelulut. Saya rasa lebih berfaedah dari beri kepada Syed Saddiq.

“Tapi itu dakwaan dia, terpulang kepada dia lah. Perjalanan dia masih jauh lagi dalam politik ini,” katanya.

Sebelum ini, dalam sidang medianya, Syed Saddiq mengakui ditawarkan wang bernilai RM5 juta daripada ‘penasihat kanan perdana menteri’ untuk meninggalkan parti dan menyambung pelajarannya ke luar negara.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...