Get $25 free
loading...

“Sejujurnya, Saya Selesa Dengan Dia”-Fattah Amin

Share This:

Ditanya tentang sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon tinggi lampai ini seakan-akan cuba mengelak kerana bimbang jawapan itu disalah anggap peminat.

Fattah Amin bimbang jika soalan yang diajukan kepadanya mengenai aktres Nur Fazura akan menimbulkan isu dan kemarahan dalam kalangan netizen.

“Janganlah… nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu.

Peminat mengharapkan Fattah dan Fazura menjadi pasangan kekasih.

“Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik,” katanya.

Pada hari ulang tahun kelahiran Fazura ke 34, pada 27 September lalu, Fattah menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar.

Bagaimanapun, pelakon Hero Seorang Cinderella ini menjelaskan hadiah tersebut merupakan tanda ingatan sebagai seorang sahabat.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...