Get $25 free
loading...

Saman Tony Pua terhadap Najib dibatal

Pesuruhjaya kehakiman berkata Pua selaku plaintif gagal menyatakan beliau mempunyai hak undang-undang atau kepentingan mencukupi untuk membuat dakwaan terhadap Najib.

tony-pua_law_600

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hari ini berjaya membatalkan saman difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1MDB.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datin Faizah Jamaludin membenarkan permohonan Najib dan kerajaan bagi membatalkan saman itu, memutuskan bahawa Pua selaku plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan terhadap kedua-dua defendan.

Faizah dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati Pua selaku plaintif gagal menyatakan dalam rayuannya yang beliau mempunyai hak undang-undang atau kepentingan mencukupi untuk membuat dakwaan terhadap Najib mengenai salah laku sebagai pegawai awam.

“Duit yang digunakan Menteri Kewangan diperbadankan untuk melanggan saham 1MDB tidak bermakna dengan sendirinya adalah penyelewengan wang pembayar cukai.

“Lebih-lebih lagi 1MDB syarikat milik Kementerian Kewangan dan pemegang saham yang membeli saham, adalah suatu urusan biasa perniagaan,” katanya.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...