Menurut sebuah sebuah portal,Parti Cinta Malaysia (PCM) mahu DAP diharamkan kerana sering dilihat mengganggu keharmonian kaum dan turut dikatakan sebagai sebuah parti rasis.
Themalaysianinsight.com semalam melaporkan, Naib Presiden parti tersebut, Datuk Huan Cheng Guan mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk segera mengambil tindakan terhadap DAP sebelum parti
DAP menghancurkan keamanan dan keharmonian kaum di negara ini.
“DAP menyemai kebencian dalam masyarakat dan menghasut rakyat.” Kata Datuk Huan Cheng Guan lagi seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut,
“Selama sembilan tahun DAP memerintah, tarif untuk air sudah meningkat sebanyak empat kali dan sewa kedai sebanyak 100% sementara rumah-rumah yang dibina tidak terjangkau tetapi hanya boleh dilihat, dan tanah
sewenang-wenangnya dijual.”
“Jika DAP memerintah Pulau Pinang selama dua tahun lagi, pasir dan pokok pun mungkin dijual,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada kira-kira 200,000 ahli dan penyokong PAS di Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini