Pengunjung pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu minggu lalu dikejutkan dengan kehadiran usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Kedatangan Dato Vida tiba dengan kereta mewahnya menarik perhatian orang ramai apabila Lamborghini berwarna merah jambu di gunakan untuk majlis pelancaran muzik video lagu I Am Me di Red Box Plus.
Mahu tampil sedondon dengan warna merah jambu keretanya, Vida turut memakai baju tidur dengan jaket labuh, sandal dan tudung berinsipirasikan bulu ayam dengan warna sama.
Mungkin kelihatan pelik tetapi itulah kelainan yang cuba ditonjolkan Vida atau nama sebenarnya Hamiza Othman, 46, sehingga meraih perhatian ramai.
Kemunculan Vida sempena majlis pelancaran muzik video lagunya, I Am Me, minggu lalu.
Tidak sekadar netizen yang memberikan pandangan masing-masing, pemakaian Vida pada majlis itu turut dijadikan bahan gurauan oleh anaknya sendiri yang lebih dikenali sebagai Cik B yang baru berusia 12 tahun.
Pada Isnin, Cik B memuat naik dua gambar dalam satu ‘posting’ di laman sosial Instagramnya @cikb_havoc66, memaparkan Vida semasa majlis pelancaran muzik videonya Rabu lalu, dan sekeping lagi gambar watak animasi, Donquixote Doflamingo.
Walau tanpa keterangan gambar, kedua-dua gambar tersebut sudah cukup membuatkan netizen geli hati dan faham apa yang cuba disampaikan Cik B, menerusi pakaian warna merah jambu bersama jaket bulu warna yang sama.
“Macam sama. Hahaha,” kata seorang netizen.
“Doflamingo dalam cerita One Piece,” kata seorang lagi netizen yang merujuk kepada kartun manga dari Jepun.
“Comel sungguh Cik B menyakat mama.”
Gurauan itu bagaimanapun mendapat perhatian Vida sendiri yang kemudiannya memberikan ‘like’ (tanda suka) pada ‘posting’ berkenaan.
“Hahaha, Cik B oh Cik B. Mama tak kan marah kan, sebab mama dah ter ‘like’ hahaha,” kata netizen mengenai Vida yang dipanggil ‘mama’ oleh Cik B dan anak lelakinya yang lebih dikenali sebagai Kacak.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
