Get $25 free
loading...

Polis Johor Sekali Lagi Dipalit Kontroversi,Kali Ini Dengan Seorang Wanita Seksi

Share This:

Kejadian berlaku berturut-turut membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dikenakan tindakan tatatertib selepas tujuh anggota termasuk seorang pegawai IPD Muar ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada minggu ini.

Mereka dikenakan tindakan apabila satu video berdurasi sembilan saat, tular mendakwa mereka berada di satu pusat hiburan bersama tauke mesin judi di Muar.

Kali ini,dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dikeluarkan dari unit itu serta merta, selepas gambar mereka didekati seorang wanita seksi ketika dalam tugas, tular semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi berkata, siasatan tatatertib dijalankan bagi mengenal pasti kejadian itu.

Katanya, anggota berkenaan masih kekal di IPD Segamat namun bertugas di bahagian lain sementara siasatan lengkap dijalankan.

Mohd Khalil bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, dua anggota berkenaan melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Segamat, sebelum didatangi wanita berpakaian seksi dipercayai warga asing.

Pada masa sama, seorang daripada rakan wanita itu merakam gambar berkenaan sebelum menyebarkannya ke laman sosial.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...