Get $25 free
loading...

‘Permainan tekan dada undang maut dalam 5 minit’

Timbalan menteri kesihatan berkata, tindakan menekan dada akan menyebabkan seseorang itu tidak boleh bernafas, saluran oksigennya terputus dan seterusnya menyebabkan kematian otak.

Hilmi-Yahaya-permainan-tekan-dada-menularGEORGE TOWN: Permainan menekan dada adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian otak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau mengingatkan pelajar tidak menjadikan permainan berkenaan sebagai gurauan terhadap rakan kerana ia mampu mengundang maut dalam tempoh hanya 5 minit.

“Jangan, jangan tekan dada kawan-kawan. Jika dia ada penyakit jantung, dia boleh mati. Bila tekan dada kita tidak boleh bernafas. Saluran oksigen akan terputus.

“Dalam masa 5 minit, jika oksigen terputus daripada otak, boleh mati otak. Jangan sesekali buat kerja begitu,” katanya selepas merasmikan Persatuan Rakan Niaga Strategik Negeri Pulau Pinang hari ini.

Beliau mengulas video selama 25 saat yang memperlihatkan 3 remaja melakukan aksi menekan dada.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...