Ramai yang sedang ternanti-nanti detik 12 Disember ini untuk melihat adakah DAP kali ini akan menjalankan pemilihan jawatankuasa eksekutifnya secara jujur ataupun tidak. Sehingga kini, DAP dan ROS telah bersetuju untuk melantik satu panel pemerhati yang dikhabarkan dari Amerika Syarikat untuk memantau pemilihan semula ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terus mempertikaikan kenapa ROS begitu beriya-ia mahu DAP mengadakan pemilihan semula secepat yang mungkin. Dia mendakwa, tindakan ROS ini bermotifkan politik kerana ianya disifatkan menganggu persiapan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.
Sebenarnya, apa yang dinyatakan Guan Eng ini cukup lucu dan dangkal. Manakan tidak, DAP sendiri yang memilih untuk memanjangkan kes ini walhal ianya boleh diselesaikan semasa ROS mengeluarkan arahan beberapa bulan yang lalu.
Tambahan pula, kesemua masalah ini timbul hasil daripada kegagalan DAP melaksanakan sistem demokrasi dalaman parti itu dengan baik. Mungkin Guan Eng terlupa akan istilah, apa yang dibuat hari ini, akan ada balasannya kelak. Justeru, perkara seumpama ini bukan sengaja dirancang seperti yang didakwa oleh Guan Eng.
Seandainya semasa pemilihan CEC pada tahun 2012 dan 2013 yang lalu dijalankan dengan telus, pastinya perkara seumpama ini tidak timbul. Tambahan pula, arahan yang dikeluarkan oleh ROS ini sudah agak lama dan seharusnya DAP mengambil serius akan hal ini. Sebaliknya, DAP sengaja melengah-lengahkan pemilihan berkenaan kononnya tindakan ini bersifat politik dan sebagainya.
Hari ini, setelah ROS kekal bertegas mahukan pemilihan semula parti berkenaan atau berhadapan dengan pengharaman, barulah DAP merangka 1 tarikh untuk mengadakan pemilihan berkenaan. Jika tidak, usah harap Lim Guan Eng mahupun DAP mengadakan semula pemilihan ini.
Justeru, Lim Guan Eng harus memperakui bahawa apa yang berlaku terhadap DAP hari ini adalah disebabkan nafsu politik keluarga dan kroni-kroni yang rapat dengannya. Ianya sama sekali langsung tidak berunsur politik apatah lagi cubaan mensabotaj persiapan parti berkenaan. Apa yang perlu dilakukan oleh DAP adalah, adakan pemilihan semula yang telus dan semua perkara akan selesai selepas itu.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
