Secara sinis Rizal Mansor menyifatkan progam semalam sebagai perhimpunan paling berjaya bagi Pakatan Harapan mengimpunkan orang pencen dan kecewa dalam perjuangan politik tanah air.
PETALING JAYA: Ketika banyak pihak memperkecilkan himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi semalam kerana gagal mencapai sasaran hadirin 100,000, namun bagi Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor, ia bukanlah perhimpunan yang gagal.
Sebaliknya, secara sinis Rizal menyifatkan program itu sebagai perhimpunan yang paling berjaya bagi Pakatan Harapan (PH) mengimpunkan orang pencen dan kecewa dalam perjuangan politik tanah air.
“Saya melihatnya lebih kepada majlis persembahan hiburan orang-orang pencen dan orang-orang yang kecewa.
“Sebabnya orang pencen dan orang kalah, mereka tiada kerja dan tiada rakyat, tiada kerusi parlimen atau DUN untuk dijaga.
“Jadi mereka mempunyai masa untuk menghiburkan orang ramai,” katanya kepada FMT didakwa merujuk kepada kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahthir yang digugurkan dari jawatan Umno.
Semalam pihak penganjur mengumumkan sejumlah 25,000 yang hadir menyertainya. Nnamun banyak pihak menganggarkan jumlah hadirin tidak melebihi 5,000.
Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran yang rendah pada perhimpunan antikleptokrasi semalam disebabkan kurangnya penyertaan daripada kalangan belia yang lebih gemar perarakan, bukannya ceramah semata-mata.
Mengulas lanjut, Rizal berkata tanpa mahu mengecilkan hati penganjur beliau bersetuju dakwaan penganjur jumlah kehadiran seramai 25,000 orang.
“Bagi membolehkan akal saya menerima angka 25,000, maka saya mengandaikan pecahan seperti berikut, perhimpunan itu melibatkan 5 parti.
“PKR, Amanah, PPBM dan DAP. Di mana ia melibatkan kehadiran ahli-ahli antara 3,500 hingga 4,000 orang untuk setiap parti.
“Manakala parti komponen kelima PH, iaitu Parti Invoke Sdn Bhd pimpinan Rafizi menurunkan 10,000 sukarelawan mereka. Dalam hal ini parti Invoke lebih ke depan dalam menurunkan kehadiran ahli mereka, kerana mereka telah mendapat gaji hingga bulan Disember 2017,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Rizal berkata menerusi pehimpunan malam tadi, rata-rata penyokong reformasi era Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menerima Dr Mahathir walaupun diperlaku begitu kejam ketika era pemerintahan negawaran itu.
“Siapa kata penyokong PKR tidak boleh menerima Tun M?
“Itu tidak benar. Jika Anwar Ibrahim selaku orang yang lebam mata, dan Wan Azizah orang yang diaibkan secukupnya sebelum ini, boleh menerima dan bersatu dengan Tun M, malah sanggup menjadi pengikut Tun M,” kata beliau.
Dalam perkembangan sama, Rizal turut memuji sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana walaupun menerusi himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi beliau menjadi sasaran serangan pembangkang, namun tiada sebarang tindakan kekerasan diambil ke atas pihak penganjur.
“Itulah bukti bagaimana hebatnya PM hari ini membuka ruang demokrasi.
“Jika di zaman pemerintahan pemimpin dulu, parti-parti pembangkang hendak adakan ceramah kelompok pun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam tindakan pihak berkuasa,” kata beliau merujuk kepada pemerintahan era Dr Mahathir.
Jumlah hadir rendah, Mat Sabu kata belia lebih gemar perarakan
Hadirin rendah bukti tokoh Pakatan tiada pengaruh banding Hadi, kata PAS
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini