Pada zaman moden sekarang ramai di kalangan umat Islam yang hampir tidak dapat mempercayai wujudnya golongan jin-jin atau makhluk halus ini.
Namun, golongan jin merupakan makhluk halus yang harus diyakini akan kewujudan mereka walaupun mata kasar manusia tidak dapat melihat jin-jin tersebut.
Pada bulan yang lalu,kebakaran sebuah rumah telah berlaku di Kampung Bunga Emas,Penambang dan mengakibatkan sebuah keluarga hilang tempat tinggal akibat kemunculan api misteri yang menghantui mereka dan mengekori mereka sejak tujuh tahun yang lepas.
Keluarga itu yang menumpang di rumah seorang saudara juga di kampung berkenaan seakan ‘diekori api misteri’ apabila pakaian milik mereka yang berada di dalam bilik tidur di rumah itu secara tiba-tiba terbakar.
Sebelum ini,Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengklasifikasikan kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Penambang, bulan lalu akibat kemunculan api secara tiba-tiba adalah sebagai luar biasa.
Kejadian api misteri yang mengganggu kehidupan keluarga Zainab Sulaiman, 80, sehingga mengakibatkan rumah mereka dijilat api didakwa berpunca daripada dua puak jin yang bergaduh.
Menurut pengamal perubatan tradisional dari Selangor, Saad Jaafar, 44, dia cuba membantu keluarga Zainab dan mendakwa telah menangkap dua puak jin yang mengganggu keluarga tersebut.
“Puak yang pertama adalah puak jin yang membakar rumah ini yang mengaku api adalah permainannya.
“Satu lagi puak pula adalah saka daripada keluarga ini sendiri. Insya-Allah selepas jin itu ditangkap tidak akan ada gangguan lagi,” katanya.
Kesimpulannya,perkara ini dapat dijelaskan seperti yang disebut dalam ayat-ayat Al-Quran iaitu kejadian jin itu adalah daripada api.
Golongan jin tidak dapat dilihat oleh manusia kerana jin itu merupakan makhluk halus yang berasal daripada unsur-unsur kejadian yang berlainan dan berbeza daripada manusia, iaitu api.
Semoga keluarga ini sentiasa dilindungi dan dijauhi kejadian api misteri yang sentiasa menghantui mereka.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini