Get $25 free
loading...

Beruang Matahari Diburu,Ular Sawa Gergasi Dijamu Penduduk

Share This:

Penduduk kampung membunuh reptilia itu dan memakan seekor ular sawa gergasi sebelum seorang lelaki Indonesia diserang sehingga menyebabkan tangannya hampir putus ketika menagkap ular tersebut.

Mangsa, pengawal keselamatan Robert Nababan, terserempak dengan ular gergasi itu ketika meronda ladang kelapa sawit di daerah kecil terpencil Batang Gansal di pulau Sumatera.

“Ular sawa terbabit sepanjang 7.8 meter, amat luar biasa besar,” kata Ketua Polis tempatan, Sutarja.

Sutarja berkata, Robert, 37, yang kadang kala gemar makan ular, cuba menangkap reptilia gergasi itu dan menyumbatnya dalam guni.

Namun ia melawan dan menggigit mangsa di lengan, hampir memutuskannya.

Robert kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di bandar berhampiran untuk dirawat.

Sutarja berkata, beberapa penduduk kampung dan seorang lagi pengawal keselamatan membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

Penduduk kampung kemudian membunuh ular sawa gergasi itu dan mempamerkannya di perkampungan terbabit sebelum menjamu daging reptilia berkenaan.

Sementara itu dalam laporan lain, seekor beruang matahari menyerang sepasang suami isteri dalam insiden jarang berlaku di Indonesia, membunuh isteri dan mencederakan suaminya, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis wilayah, Guntur Aryo berkata, pasangan itu dikatakan sedang bersiar-siar dalam ladang getah di wilayah Riau semalam sebelum haiwan itu tiba-tiba menyerang mangsa wanita.

Wanita dikenali Bunai itu maut, manakala suaminya Saruli kini dirawat akibat parah.

Pengarah Hospital Arifin Achmad, Dr Nuzelly Husnedi berkata, lelaki berusia 60 tahun itu cedera parah di belakang kepala, serta dicakar di muka dan leher.

Pihak berkuasa sedang menyiasat insiden itu dan kini memburu beruang terbabit.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...