Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini di Dewan Rakyat, Parlimen.
“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu,” kata Najib yang juga menteri kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di Putrajaya, hari ini.
Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pada acara itu, Perdana Menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.
Dalam cadangan dan idea orang ramai untuk Bajet 2018, kebanyakannya mereka memohon pemberian bonus oleh kerajaan kepada kakitangan awam sebanyak dua bulan gaji selepas kali terakhir bonus diberikan pada tahun 2013.
Biasanya, pada pembentangan bajet setiap tahun selepas itu, Najib mengumumkan bayaran khas penjawat awam berjumlah RM500 di Parlimen.
Jika ada pengumuman berita gembira untuk penjawat awam seperti yang diharapkan, pembentangan belanjawan berkenaan bakal menutup mulut jahat kumpulan pembangkang bahawa Malaysia ada negara ‘fail state’ kerana kekurangan dana yang amat teruk sehingga ada tuduhan pembangkang bahawa Malaysia tidak ada wang untuk bayar gaji penjawar awam.
Sudah pasti, ramai yang akan ternanti-nanti pembentangan Bajet 2018 nanti yang akan disampaikan oleh Najib.
Selain itu, setiap kali pembentangan Bajet dibawah pentadbiran Najib, individu dan rakyat yang menerima kesan positif dari pelaksanaan bajet kerajaan akan dijemput dalam pembentangan berkenaan untuk diiktiraf di dalam Dewan Rakyat menggunakan bukti jelas program kerajaan itu berjaya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini