Get $25 free
loading...

Antara Oxford, RM 5 Juta Dan Air Mata Syed Saddiq

Share This:

Seperti yang dijanjikan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengadakan satu sidang akhbar yang dilihat hanyalah untuk mempromosikan dirinya semata-mata. Manakan tidak, sidang akhbar berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia telah menolak tawaran menyambung pelajarannya ke Universiti Oxford hanya kerana masa depan politiknya.

Jika dilihat pada tindakan Syed Saddiq ini, bukankah lebih baik dia memuat naik status di laman sosial miliknya dengan menerangkan penolakannya itu? Bukankah ianya dilihat sebagai membuang masa pengamal media untuk hadir dan memberi liputan keengganannya menyambung pengajian? Adakah dia fikir, dia adalah idola remaja yang harus diberi liputan sepanjang masa?

Selain itu, dalam sidang akhbar yang sama, dia mendakwa, ada pihak cuba memberikannya rasuah sebanyak RM 5 juta untuk meninggalkan perjuangan parti bunga. Sudah semestinya, dakwaan ini telah menimbulkan sensasinya yang tersendiri kerana dalam sidang akhbar berkenaan, Syed Saddiq tidak menamakan mana-mana pihak yang cuba memberi sogokan berkenaan kepadanya.

Timbul persoalan, kenapa dia tidak terus ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan membawa bukti percakapan atau dokumentasi bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan. Atau setidak-tidaknya, pada sidang akhbar berkenaan, Syed Saddiq membawa salinan laporan kepada pihak PDRM bagi membuktikan dan menyokong kenyataannya?

Hebat sungguh lakonan Ketua Armada bunga ini. Sudahlah menampilkan watak ‘senetron’ apabila menumpahkan air mata sewaktu mengumumkan penolakannya terhadap tawaran Universiti Oxford, dia juga menjaja cerita yang tidak pasti kesahihannya.

Seandainya pihak SPRM mengambil serius terhadap dakwaannya ini, bersediakan Syed Saddiq hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan kenyataan berhubung dakwaannya? Ini kerana, menurut akta SPRM, sekiranya ada pihak membuat kenyataan berhubung kononnya wujud unsur-unsur rasuah, individu berkenaan boleh dipanggil ke SPRM pada bila-bila masa untuk memberi kenyataan dan menyerahkan bahan bukti.

Dalam hal ini, beranikah Syed Saddiq mengemukakan bahan bukti dan memberi kenyataan? Adakah dia cuba berlagak hero dihadapan para pengamal media sedangkan dirinya sendiri tidak pasti apa yang sedang dilakukannya? Adakah tertumpah lagi air mata seorang lelaki yang mengetuai ribuan ahli Armada apabila terpaksa memberi keterangan di pejabat SPRM kelak?

Kesimpulannya, tangisan, penolakan dan dakwaan Syed Saddiq dalam sidang media berkenaan, sememangnya cukup membuang masa dan tidak memberi sebarang faedah dalam hal ehwal politik. Jika difikirkan secara logik, setiap seorang pelajar di dunia ini mendambakan peluang belajar di Universiti Oxford, Harvard dan macam-macam lagi unversiti terkenal dunia.

Persoalannya, logikkah seorang pelajar menolak tawaran berkenaan hanya semata-mata sayangkan negara? Bukankah peluang belajar di sana hanya datang sekali dan sekiranya dia memilih untuk belajar di sana, setidak-tidaknya dia telah membanggakan negara walaupun berlainan fahaman politik. Tibul persoalan, benarkah surat tawaran berkenaan datangnya dari Oxford ataupun datang dari ideanya sendiri?

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...