Bukan satu perkara yang menghairankan buat Ahli Parlimen pembangkang apabila sebaik sahaja mereka memenangi satu-satu kerusi Parlimen ataupun DUN, kelibat mereka akan hilang dan hanya boleh disaksikan di paparan media cetak dan media elektronik. Untuk melihat mereka turun ke Parlimen ataupun DUN, memang amat sukar sekali kerana mereka lebih sibuk untuk menumbangkan kerajaan dari membawa suara rakyat.
Perkara ini tidak terkecuali dengan AHli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Sepanjang menguasai Parlimen ini sejak 9 tahun yang lalu, kehadirannya di mana-mana kawasan di sekitar Lembah Pantai boleh dikira dengan jari. Selebihnya, jika tidak menghantar wakil, dia akan menghantar wajahnya yang terpampang di mana-mana banner ataupun bunting supaya orang-orang di Lembah Pantai tidak melupainya.
Untuk penggal ini sahaja, hanya beberapa kali sahaja dia singgah ke Parlimen Lembah Pantai walaupun difahamkan, dia tinggal di Segambut, hanya beberapa kilometer dari Parlimen yang dikuasainya. Malah, dia langsung tidak pernah menampakkan muka sewaktu 35 orang penduduk di Kerinchi Link terinaya hasil daripada hasutan politiknya pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.
Namun, entah angin apa yang bertiup, akhirnya Nurul Izzah muncul juga membuat bakti di Lembah Pantai. Itupun apabila sudah semakin hampir gendang Pilihan Raya Umum ke 14 dikumandangkan. Nyata, kehadirannya untuk mengedarkan sebuku roti dan sedikit sayur buat penduduk di kawasan Pantai Dalam, sedikit sebanyak “meredakan kerinduan” pengundi-pengundi yang memberikan kuasa untuknya mengaut puluhan ribu setiap bulan hanya untuk dirinya sahaja.
Ingin juga ditanyakan kepada Nurul Izzah, cukupkah dengan hanya memberi sebuku roti dapat meredakan kemarahan warga Lembah Pantai yang selama ini langsung tidak diperdulikan olehnya? Adakah dengan sebuku roti ini, mampu untuk mengurangkan kos sara hidup yang didakwa Nurul Izzah sangat menekan rakyat?
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nurul Izzah ini, namun hakikat sebenarnya, Nurul Izzah sudah terlalu lama tidur di atas kemewahan yang dikecapi hasil daripada kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh pengundi di Lembah Pantai. Setelah 4 tahun terabai tanpa ada ruang pembelaan, barulah Ahli Parlimennya sedar dari lena atau pengsan yang cukup panjang.
Mungkin juga, Nurul Izzah baru terjumpa papan tanda jalan yang menunjukkan arah ke Pantai Dalam atau Lembah Pantai. Atau mungkin juga Nurul Izzah baru teringat bahawa dia adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai. Mungkin juga, Nurul Izzah baru mendapat rezeki terpijak untuk dikongsikan bersama-sama beberapa orang penduduk di Lembah Pantai.
Inilah hasilnya apabila mendapat seorang Ahli Parlimen yang cukup lena tidurnya, cukup kenyang hasil daripada perit jerih penyokongnya dan cukup selesa dengan pangkat dan kuasa yang dipegangnya. Yang menjadi mangsa adalah rakyat yang diwakili dengan keadaan di Lembah Pantai senditri tidak teratur dan dia sendiri langsung tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk membangunkan Parlimen yang diwakilinya.
Nota : Penulis merupakan salah seorang penduduk di Lembah Pantai yang juga merupakan pengundi di Parlimen Lembah Pantai
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini