Pelakon, Abby Abadi yang kini bergiat bersama pembangkang dengan parti PAN yang pernah bersama PAS dengan gaya ala-ala Muslimah solehah nampaknya benar-benar mempertahankan pesta arak di Selangor yang bakal diadakan esok dan lusa di Centro Mall, Klang atas nama Centro German F&B Party.
Dalam tweetnya, Abby mempersoalkan mengapa orang ramai membantah penganjuran pesta arak sedangkan penganjurannya tidak mengganggu mana-mana pihak pun sebenarnya.
“Apa masalahnya, pesta arak ini? Ada kacau orang Umno ke? Biarlah,” katanya dalam tweet.
Selepas itu, Abby menyatakan bahawa orang Melayu pun ramai yang mabuk. Isunya ialah jika pesta arak dianjurkan secara besar-besaran ia akan menambahkan bilangan orang yang mabuk yang datang ke pesta berkenaan sekaligus mungkin akan menyebabkan berlakunya macam-macam gejala sosial akan berlaku.
Satu tweet beliau turut membuatkan para netizen kecewa apabila Abby menyatakan bahawa orang Islam dalam partinya iaitu PAN tidak marah dan tidak membantah langsung penganjuran pesta itu.
“Apa kecoh sangat #BantarOctoberfest ini? Kami dalam PAN tak bising pun,” kata Abby.
Agaknya Abby tidak tahu bahawa PAN adalah parti anak didik atau anak emas DAP yang banyak dibantu oleh parti cauvinis itu pada awal penubuhannya dengan mengutip bekas pemimpin PAS yang sudah tewas dalam pemilihan parti mereka keluar dan tubuhkan parti baru serpihan dari PAS untuk membenci PAS dan perjuangan Islam yang dibawa mereka.
Beliau juga sebelum jadi ahli PAN, pernah masuk PAS dan pada masa itu begitu memperjuangkan Islam habis-habisan bersama PAS termasuk membenci Barisan Nasional (BN).
Prinsip keislaman Abby yang pernah dianggap ustazah dan srikandi dalam PAS dulu semacam tiba-tiba hilang dan lantas sependirian dengan DAP yang kebanyakan ahlinya adalah Cina dan kebanyakannya minum arak dan mabuk.
Dia tidak kisah jika berlakunya banyak kemalangan selepas pesta arak itu nanti kerana ramai orang yang mabuk. Abby tidak peduli jika banyak terjadinya masalah apabila ada orang yang dirogol berlaku kecurian dan pelbagai jenayah akibat daripada kesudahan pesta arak sebegitu.
Jika orang bukan Islam atau sesiapa yang minum arak secara persendirian atau di dalam kelab-kelab malam ia tidak melibatkan pesta besar-besaran dan mereka minum dalam skala kecil bukannya dalam pesta besar-besaran tambahan pula ia diadakan selama dua hari bermula esok.
Abby melompat ke parti PAN bersama-sama dengan prinsip Islamnya sendiri, dalam PAN Abby kena tinggalkan prinsip itu dan kena jadi liberal.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
