Get $25 free
loading...

Akhirnya Malaysia Berjaya Melahirkan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan

Share This:

Hadiah Nobel Keamanan ialah nama bagi salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diasaskan oleh Alfred Nobel, seorang industrialis dan pencipta berbangsa Sweden. Menurut wasiat Nobel, Hadiah Keamanan sewajarnya dianugerahkan kepada tokoh yang akan dan telah melakukan kerja terbaik demi persaudaraan antarabangsa untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tentera yang masih ada dan untuk menganjurkan serta mempromosikan keamanan.

Hadiah Keamanan ini dianugerahkan setiap tahun di Oslo, ibu negara Norway dan ianya diadakan pada 10 Disember setiap tahun iaitu ulang tahun pemergian Nobel. Menurut catatan sejarah, Jean Henri Dunant dari Switzerland dan Frédéric Passy dari Perancis adalah penerima pertama hadiah ini pada tahun 1901.

Saban tahun kita di Malaysia hanya menyaksi dan mendengar nama-nama tokoh-tokoh luar negara sahaja menerima hadiah terbesar di dunia ini. Namun, penantian rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila Jawatankuasa Pemilihan Hadiah Nobel di Stockholm telah mengumumkan, seorang anak Malaysia akhirnya memenangi hadiah ini.

Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Dr Ronald S McCoy, seorang ahli Gynecologist dan merupakan bekas doktor di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Selama bertahun-tahun, beliau menghabiskan masanya terhadap mempromosikan menghalang penambahan senjata nuklear yang dimulakan pada tahun 2007 yang hari ini dikenali sebahai International Campaign to Abolish Nuclear Weapon (ICAN).

Untuk rekod, ICAN merupakan satu badan yang mendesak perjanjian larangan penggunaan senjata nuklear oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang dimetrai pada 7 Julai 2017 yang dianggap sebagai satu detik bersejarah yang diambil oleh badan dunia berkenaan. Untuk ini, lebih 50 buah negara telah menandatangani perjanjian ini termasuk Malaysia.

Atas hasil usaha beliau dan ICAN inilah yang melayakkan Datuk Dr Ronald S McCoy dipilih sebagai pemenang hadiah Nobel Keamanan Dunia 2017 yang bakal diadakan pada 10 Disember ini di Oslo, Norway.

Sebelum ini, ada beberapa pihak telah mempertikaikan kewarganegaraan Datuk Dr Ronald S McCoy. Ini kerana, ramai yang menganggap, beliau bukanlah anak jati Malaysia tambahan pula jika mereka hanya melihat pada wajah dan nama beliau.

Sedikit sejarah Datuk Dr Ronald, beliau merupakan salah seorang pelajar batch pertama Universiti Malaya yang diasaskan di Singapura pada tahun 1949. Dalam satu temubual dengan News Straits Times satu ketika dahulu, beliau memberitahu bahawa beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan, membesar di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran ke Singapura.

Beliau mengaskan bahawa beliau adalah anak jati Malaysia dan sepanjang hidupnya, beliau hanya tinggal di Kuala Lumpur dan tidak pernah berhijrah kemana-mana negara lain walaupun namanya persis nama Inggeris.

Pada usia 87 tahun, segala perit jerih beliau memperjuangkan keamanan menerusi menghalang penggunaan senjata nuklear yang telah diperakui oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akhirnya diiktiraf. Sekalung tahniah buat Datuk Dr Ronald S McCoy diatas penganugerahan ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...