Get $25 free
loading...

[VIDEO] Rakaman CCTV Selama 7 Tahun Ini Sangat Mengejutkan

Share This:

Gletser atau glasier atau glesyer adalah sebuah bongkahan ais yang besar yang terbentuk di atas permukaan tanah yang merupakan pengumpulan mendapan salji yang beku selama beberapa kurun yang lalu.

Ketika ini,ais tersebut telah menutupi sekitar 10% daratan yang ada di bumi dan sangat menakutkan apabila gletser tersebut cair ia boleh meningkatkan paras air laut.

Dua orang jurugambar professional yang dikenali sebagai Adam LeWinter dan Jeff Orlowski telah merakamkan gambar perubahan glasier di Kutub Utara dengan menggunakan teknik time-lapse menerusi lensa kamera mereka.

Kamera-kamera itu kemudiannya dibiarkan di sana selama tujuh tahun untuk tujuan dokumentari mengenai pemanasan global.

Di dalam filem dokumentari yang berjudul Chasing Ice ini, sebuah bongkah glasier yang besar telah dirakamkan runtuh secara tiba-tiba di hadapan mata mereka.

Filem dokumentari yang dikeluarkan pada tahun 2012 itu menceritakan, bagaimana dahsyat dan mengerikannya kesan dari runtuhnya glasier di Kutub Utara yang membuat Bumi menjadi semakin panas.

Semasa di Greenland Barat pada tahun 2008, mereka telah merakamkan saat-saat yang akhirnya menjadi sejarah besar tentang pemanasan global.

LeWinter dan Orlowski berhasil merakam apa yang dikatakan sebagai runtuhan glasier yang terbesar dalam sejarah yang pernah dijadikan filem.

Proses runtuhan glasier yang bernama Ilulissat Icefjord itu tidak berlaku di dalam sekelip mata, sebaliknya ia memakan masa hampir 75 minit lamanya. Ianya menjadi runtuhan glasier yang terbesar di dalam sejarah kerana pencairan glasier merangkumi sehingga 1.6 kilometer dari tepi laut.

Justeru,kita dapat lihat keadaan bumi yang semakin membimbangkan akibat pemanasan global ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...