Get $25 free
loading...

Seorang lagi adik Shafie Apdal ditahan SPRM

Adun Lahad Datu daripada Umno, Yusof Apdal ditahan malam tadi berkaitan siasatan penyelewengan dana RM1.5 bilion pembangunan luar bandar di Sabah.

Yusof-Apdal-tahan-sprmPETALING JAYA: Seorang lagi adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang dipetik The Star mengesahkan penahanan Adun Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal yang juga adik Shafie.

Menurut laporan itu, Yusof ditahan kira-kira 8 malam Selasa selepas beliau pergi ke pejabat SPRM sekitar 5 petang untuk memberi keterangan berhubung beberapa projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diketuai Shafie antara 2009 hingga 2015.

Seorang lagi adik Shafie, Hamid ditahan minggu lalu dan masih direman bersama menantunya yang juga seorang ahli perniagaan.

Kira-kira 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan bermula 2 minggu lalu.

Penahanan terbaharu ini menjadikan keseluruhan 9 orang ditahan setakat ini

Adik Shafie Apdal ditahan SPRM


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...