Get $25 free
loading...

Remaja Tembak Rakan Gara-gara Diejek Tak Pakai Pewangi

Share This:

Seorang remaja lelaki bertindak memembak mati dua rakan sekelasnya dalam kejadian di sekolah swasta Golegio Goyases, tengah Brazil gara-gara diejek tidak memakai pewangi.

Menurut pihak polis bandar Goiania itu,mangsa berusia 12 dan 13 tahun.

Bagaimanapun, kata pegawai penyiasat polis, suspek remaja yang bertindak ganas itu berusia 14 tahun.

Siasatan awal mendapat, sebelum kejadian tembakan itu berlaku, mangsa dikatakan telah mengejek suspek kerana tidak memakai pewangi.

Menurut sumber,remaja itu menggunakan senjata api milik pasukan keselamatan itu berikutan suspek adalah anak anggota polis tersebut.

Kejadian tembakan itu berlaku pada waktu rehat apabila suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang dikenali sebagai Joao Vitor Gomes dan Joao Pedro Calembo.

Selain itu empat yang lain juga cedera, masing-masing tiga perempuan dan seorang lelaki.

Sehubungan itu, suspek masih dalam tahanan polis.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...