Get $25 free
loading...

Dendam Mahathir Merbahayakan Imej Malaysia

Share This:

Semuanya angkara dendam kesumat yang sehingga kini masih belum lagi di lampiaskan sepenuhya. Inilah yang menyelubungi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang tergamak mengaitkan kaum Bugis sebagai lanun dan pencuri. Walaupun dia lebih menjurus kepada Datuk Seri Mohd Najib, namun, sebutan secara umum mengenai kaum Bugis, cukup menghiris perasaan kaum berkenaan.

Mungkin Mahathir tidak menyedari bahawa apabila dia menyebut tentang Bugis, bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia juga akan terluka. Walaupun Mahathir cuba untuk meredakan keadaan apabila dalam ucapannya di rapat umum di Alor Setar kelmarin, dia berkata, bukan semua orang Bugis mencuri dan melanun, namun ianya dianggap sudah cukup terlambat.

Manakan tidak, dalam satu surat yang dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia yang telah tular hari ini, Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI), menuntut Mahathir untuk mengemukakan pemohonan maaf secara terbuka atau menarik balik kenyataan berkenaan PPBMI berikrar akan mengepung Kedutaan Besar Malaysia selagi tuntutan mereka tidak di penuhi.

Lihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh Mahathir ini. Sudahlah begitu hebat mengecam dan mengutuk Perdana Menteri disebabkan nafsu dan dendam politiknya, hari ini dia telah membawa satu lagi kerosakan terhadap imej negara sehinggakan mampu mengancam keselamatan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia disebabkan keceluparannya.

Bagi Mahathir, mungkin dia boleh berkata, itu bukan masalahnya. Namun, polemik yang tercetus antara pihak Bugis dengan Malaysia, seuanya dicetuskan oleh keceluparan dan kebiadaban Mahathir. Mahathir tidak boleh lari dari masalah ini kerana dia sendiri yang mencipta kerosakan ini.

Sudahlah Persatuan Bugis di negara ini cukup berang sehingga mendorong mereka menyerang Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, suatu perkara yang tidak pernah berlaku, hari ini, kedaulatan dan imej negara pula dipermainkan sesuka hati oleh Mahathir.

Sesuatu harus dilakukan oleh mana-mana pihak untuk mendesak Mahathir akur kepada permintaan PPBMI atau Persatuan orang Bugis di negara ini. Jika tidak, mungkin sesuatu yang buruk akan menimpa terutamanya sekali di pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Ini bukan perkara remeh. Perkara ini harus diambil perhatian oleh Mahathir dan PPBM itu sendiri.

Jika tidak, istilah Selamatkan Malaysia yang kerap dilaungkan Mahathir, PPBM dan Pakatan Harapan itu sendiri hanyalah satu laungan yang penuh sia-sia dan langsung tidak membawa apa-apa makna. Mereka sendiri menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan bayangkan, apa yang mereka akan lakukan terhadap negara seandainya kuasa berada di dalam genggaman mereka.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...