Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin,36, tiba di Punta Arenas, Chile berjaya cipta sejarah apabila kibarkan Bendera Malaysia Di Titik 90 Darjah Kutub Selatan kerana telah berjaya menamatkan misi Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 melalui Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B), sekaligus menjadi rakyat Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga serta termuda di dunia selain 70 manusia dan penjelajah terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.
Kini Qobin berjaya dibawa keluar dan telah tiba di Punta Arenas, Chile pukul 9 pagi waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) dalam keadaan selamat dari benua Antartika semalam.
Menurut sumber berkata, Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof dalam catatan akaun facebooknya berkata Qobin dibawa keluar dari Union Glacier, Antartika menaiki pesawat susulan keadaan cuaca baik di Antartika.
Beliau berkata, penerbangan Qobin yang dijadualkan ahad lalu terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk yang tidak mengizinkan untuk pesawat terbang keluar dari Union Glacier.
“Kami di sini menyambut ketibaan Qobin dengan emosi bercampur baur lebih-lebih lagi apabila melihat Jalur Gemilang berjaya dikibarkan rakyat Malaysia di titik 90 darjah Kutub Selatan.
“Sekali gus meletakkan nama Qobin sebagai Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia yang juga merupakan sejarah baru untuk Malaysia,” katanya yang berada di Punta Arenas bersama Pengarah Media dan Publisiti KE7B Malaysia Hazran Mohamed.
Qobin berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Kutub Selatan itu pada 4.05 petang Rabu (11.05 pagi Khamis waktu Malaysia) dalam kumpulan yang turut disertai enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu.
Tahniah diucapkan pada Qobin kerana mendapat pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam kerana mampu dan diberi kekuatan untuk menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini