Get $25 free
loading...

Mahathir Dan Rafizi Akan “Panas” Jika Ada Undang-Undang Berita Palsu

Share This:

Tiga hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk mengikut jejak langkah negara Perancis untuk gubal undang-undang untuk perangi penyebaran berita palsu.

Di negara ini, kalau ada undang-undang ini, sudah pasti beberapa orang pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) akan rasa tidak selesa kerana perangai mereka suka menyebarkan berita bohong akan dikekang.

Menurut Najib yang ketika itu hadir dalam satu majlis ramah mesra bersama kakitangan awam di Kota Bharu, Kelantan berkata kini penyebaran berita palsu telah mula beri kesan tidak baik kepada proses demokrasi.

Beliau berkata berita palsu yang disebarkan di laman media sosial boleh beri kesan kepada politik dan ketenteraman awam.

“Berita palsu ini memberi ancaman kepada politik dan ketenteraman awam, rakyat boleh terpesong dan benci kepada kerajaan sehingga boleh menimbulkan rusuhan.

“Bukan kita mahu mengawal internet, internet masih bebas cuma mesti ada unsur tanggungjawab dalam menyebarkan sebarang berita,” katanya.

Orang yang paling terganggu oleh undang-undang itu nanti ialah Pengerusi PH, iaitu Mahathir Mohamad yang begitu banyak buat berita tidak betul dan tuduhan palsu. Beliau yang dulu pernah jadi Perdana Menteri di pihak Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun kini menuduh kerajaan macam- macam tanpa ada bukti.

Mahathir juga guna media asing dengan wang ringgit untuk menyiarkan berita palsu berkaitan kerajaan bertujuan menggulingkan BN khususnya Najib dari tampuk pemerintahan. Berita berkaitan penyelewengan dalam 1MDB, FELDA dan Tabung Haji sebelum ini semuanya palsu dan bohong.

Dia mengulanginya pada setiap ceramah supaya persepsi rakyat rosak. Oleh kerana undang-undang menghalang berita palsu secara khusus masih tidak wujud, mereka guna pendekatan mengulang dakwaan dan tuduhan walaupun penjelasan sudah diberikan. Persepsi rakyat akan goyah serta mereka akan jadi serba salah sekaligus mengganggu proses pilihan raya.

Selain Mahathir, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga bakal susah hidup jika undang-undang sebegitu ada diwujudkan. Rafizi membuat macam-macam tuduhan palsu berkaitan banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Banyak penjelasan yang tidak perlu terpaksa dibuat untuk membetulkan kenyataan Rafizi.

Beliau tetap tidak sedar diri dan terus buat tuduhan berkenaan. Sebenarnya, undang-undang kekang berita palsu ini mesti diwujudkan untuk ganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu kerana jika buat berita palsu mereka tidak terselamat dan tetap akan dihukum di bawah undang-undang.

Sebuah kerajaan perlu dijatuhkan dalam pilihan raya yang bersih bukan dengan cara dijatuhkan dek kerana penyebaran berita palsu yang tidak terkawal.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...