KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang juga salah seorang barisan jawatankuasa parti Pakatan Harapan (Harapan) direman tiga hari sehingga Rabu ini selepas dipercayai memuat naik status menghina Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di laman sosial, Facebook dan WhatsApp.
Perintah reman terhadap suspek berusia 44 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, suspek ditahan di sebuah rumah di daerah ini jam 3.20 petang semalam.
Turut dirampas sebuah telefon bimbit jenama Samsung.
Suspek dikatakan memuat naik dua keping gambar Menteri Besar Terengganu yang diubahsuai serta komen yang berniat jahat, menghasut dan memfitnah Ahmad Razif di dalam aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, lebih 30 individu membuat laporan polis berhubung status dimuat naik suspek yang berbaur hasutan dan fitnah terhadap Menteri Besar didalam aplikasi Whataspp. – Sinar Harian
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini