Get $25 free
loading...

Babi Dan Lembu Pun Tak Tahu Beza

Share This:

Dr Mahathir menyuarakan rasa terkejutnya, atau mungkin menyindir pihak tertentu apabila timbul desas-desus rakyat yang menyamakan pilihan raya seperti memilih antara Pepsi atau Coca Cola.

Semalam, melalui blognya, Chedet, Dr Mahathir dikatakan mempersoalkan adakah babi haram atau tidak jika disembelih dengan menyebut nama tuhan.

Babi dan daging lembu pun tidak boleh beza? Sejahil-jahil orang Islam dan semabuk-mabuk mereka juga pun tahu membezakan. Oleh itu, apa tujuan Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut.

Adakah beliau menghalalkan babi semata-mata kaum DAP makan babi? Mahathir dinasihatkan agar jangan mempermainkan hukum Allah s.w.t.

Lebih baik beliau memperbetulkan pegangan dulu,sebelum membuat penilaian tentang ajaran Islam. Apatah lagi untuk memimpin negara yang  majoritinya adalah umat Islam.

Perpecahan yang berlaku dalam umat Islam kini juga dikatakan adalah berpunca daripada sikap pemimpin itu sendiri yang gagal mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Sebelum ini, telatah Mahathir mempermainkan hukum agama dikatakan bukan baharu, malah ada cucu beliau sendiri dikatakan memperlekehkan ajaran Islam dan lebih malang,gambar tersebut tular.

Cucu Mahathir tersebut dengan angkuh memuatnaik gambar tidur bersama anjing-anjing kesayangan berserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram miliknya yang juga dikongsikan secara umum,tiada sesiapa pun berani tegur kecuali musuh politiknya.

Terbaru,Marina Mahathir yang merupakan anak sulung Mahathir dalam kenyataannya mendakwa Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan.

Beliau yang juga merupakan salah seorang penggiat aktif Sister In Islam (SIS) seolah-olah menyatakan Islamisasi adalah satu penjajahan dan konsep yang kononnya ganas.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Dakwah dan Kecemerlangan Islam Peace (PEACE) ,Dr Hazlin Chong secara jujurnya menasihatkan kepada tokoh-tokoh seperti Marina Mahathir agar kembali kepada asas ajaran agama Islam yang sebenar sebelum cuba mengaitkan apa-apa perkara yang dilakukan oleh orang Islam.

Sebagai seorang tokoh yang dianggap hebat, sudah tentu ideologi Mahathir mempengaruhi fikiran anak-anak dan cucu serta kaum kerabatnya. Dan sudah tentulah anak-anak dan cucu-cucunya patut menjadi orang-orang yang hebat dari segi pemikiran.Namun mengapa anak-anak dan cucu-cucu beliau memaparkan tindakan dan cara pemikiran yang songsang serta jauh dari kebenaran?

Melalui penulisannya, beliau sendiri mengatakan maju mundurnya sesuatu bangsa itu bergantung kepada daya fikir bangsa itu.Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak jahiliah ujar beliau, jadi siapakah yang sebenarnya tergolong dalam puak jahiliah ? Tepuk dada tanya hati.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...