Get $25 free
loading...

Marina: Siti Hasmah digugurkan sebagai penaung persatuan tennis kerusi roda

Surat memaklumkan pengguguran itu bertarikh 28 Disember 2017 tetapi hanya diserah dengan tangan pada 22 Januari 2018.

Marina-Mahathir-hasmahPETALING JAYA: Isteri bekas perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali baru-baru ini digugurkan sebagai penaung Persatuan Tennis Kerusi Roda Malaysia (WTM).

Perkembangan itu diketahui pagi tadi selepas anak perempuanya, Datin Marina Mahathir di Twitter menyebut tentang keputusan persatuan menggugurkan ibunya.

“Kami terima surat daripada mereka baru-baru ini memaklumkan mereka meluluskan resolusi meminta beliau berundur sebagai penaung. Beliau akan akur,” kata Marina kepada FMT.

Sementara itu, seorang pembantu Siti Hasmah memaklumkan surat itu ditulis pada 28 Disember 2017 selepas pihak jawatankuasa meluluskan resolusi itu melalui mesyuarat agung tahunan persatuan.

Bagaimanapun, surat itu mungkin diserahkan dengan tangan pada 22 Januari dan ditunjukkan pada Siti Hasmah keesokan hari, katanya.

Dalam satu perkembangan baru-baru ini, Siti Hasmah disoal polis pada Jumaat kerana berucap di satu tunjuk perasaan tahun lepas.

Himpunan “Wanita Bantah Politik Toksik” 10 September itu dihadiri kira-kira 1,000 orang, termasuk ahli politik dan aktivisi hak asasi.

Siti Hasmah dan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyertai orang ramai yang berkumpul di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum berarak ke Kompleks Perdana di pusat bandar.

Sementara itu, FMT menghubungi pihak persatuan dan sedang menunggu respon.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...