Get $25 free
loading...

Polis tahan aktivis Aliran Sarajun Hoda di rumah

Suaram berkata, penahanan Sarajun disyaki ada kaitan dengan satu catatan Facebook dan beliau perlu dibenarkan berjumpa peguamnya.

Sarajun-Hoda-1

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia menuntut penjelasan polis terhadap penahanan aktivis sosial, Sarajun Hoda Hassan di rumahnya hari ini.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy berkata, Sarajun kemudiannya dibawa kepada Balai Polis Daerah Dang Wangi.

“Beliau patut diberikan akses segera kepada seorang peguam. Kami cuba mendapatkan lebih banyak maklumat (mengenai penahanannya),” katanya kepada FMT.

Sarajun menghantar satu mesej kepada Sevan pada 7.15 malam tadi bagi memaklumkan ketibaan polis di rumahnya.

“Polis di rumah saya sekarang. ASP Khairol menahan saya sekarang. Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Mereka akan bawa saya ke IPD Dang Wangi.”

“Tolong tweet,” kata Sarajun yang merupakan ahli NGO Aliran dan bekas exco organisasi itu.

Mesej itu dimuat naik aktivis Citizen Action Group on Enforced Disappearance (Caged), Thomas Fann di Facebook Sarajun.

Sementara itu, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh berkata, Sarajun mungkin ditahan kerana satu catatan di Facebook, namun mereka tidak tahu butiran dan tarikh catatan itu.

Beliau menerusi Twitternya memaklumkan Sarajun akan dibebaskan malam ini.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan penganut agama lain dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan komunikasi dianggap menyinggung perasaan.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 298, Sarajun boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, manakala di bawah Seksyen 233, seseorang itu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...