Get $25 free
loading...

CUKAI BOLEH DIRAYU

Share This:

Sebenarnya kita boleh membuat rayuan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) jika masih tidak berpuas hati dengan pendapatan yang ditaksirkan.

Seorang pembayar cukai yang patuh adalah amat disarankan untuk memeriksa kembali segala pengiraan jumlah cukai ataupun transaksi pelepasan cukai individu yang dibenarkan.

Sebagai contoh, jika pelepasan persendirian seperti tabungan yang dilakukan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia tidak dimasukkan atau terlupa untuk dinyatakan di dalam bahagian potongan cukai individu yang dibenarkan, jumlah yang tertinggal ini boleh dikemukakan rayuan kepada LHDNM.

Terdapat juga kes di mana pembayar cukai merasakan pelepasan peribadi persendirian tidak dibenarkan dengan sewajarnya atau mungkin kesilapan dalam taksiran yang dikeluarkan oleh LHDNM, maka pembayar cukai boleh membuat rayuan cukai atas alasan berkenaan.

Merujuk kepada pembayar cukai yang tidak berpuas hati dengan taksiran cukai terhadap dirinya, rayuan bertulis perlu diajukan ke pejabat LHDNM dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, jika kegagalan melakukan rayuan selepas dari tempoh 30 hari yang diberikan, atas alasan yang munasabah, pembayar cukai boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui Borang N untuk mendapatkan lanjutan masa.

Terdapat dokumen yang diperlukan seperti surat rayuan dengan menyatakan jenis kesilapan taksiran atau tuntutan perbelanjaan dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaitan tuntutan tersebut.

Semasa rayuan sedang dilakukan, anda diingatkan supaya membayar cukai yang dinyatakan terlebih dahulu.

Rayuan ini sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah melalui persetujuan antara pembayar cukai dan pihak LHDNM atau sebaliknya hingga ke peringkat seterusnya melalui keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, Mahkamah Tinggi atau sehingga ke Mahkamah Rayuan.

Comments

comments

Related Post

Mahathir Akan Lantik Mukhriz Dan Bukan Wan Azizah ...
BAGAIMANA MEMOHON PIN UNTUK AKSES E-FILING
Mahathir Naik Angin Siti Hasmah Bukan Lagi Penaung...
MAHATHIR SHOULD KNOW BETTER THE RISKS IN FOREX GAM...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...