POLIS akan memanggil beberapa saksi baharu bagi membantu siasatan berhubung kes pemilik pusat kebajikan yang ditahan selepas dipercayai merogol dan mencabul penghuni berusia 12 tahun di Taman Sri
Menurut sumber, Ketua Polis Selangor Mazlan Mansor berkata, siasatan menyeluruh sedang dilakukan.
“Kita masih mengumpulkan bukti dan siasatan yang dilakukan adalah dari semua sudut bagi memastikan individu yang bersalah dapat dituduh.
“Polis juga akan memanggil lebih ramai saksi dalam kita meluaskan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito hari ini.
Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan penghuni pusat kebajikan berkenaan mendedahkan perbuatan jijik pemilik pusat kebajikan itu selepas membuat laporan polis mendakwa dirogol dan dicabul lelaki berusia 55 tahun itu.
Lelaki itu dan isterinya yang berusia 30 tahun direman sehingga 29 Januari.
– Bernama, 24 Januari, 2018.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Awak Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Melalu ...

11 Tahun Tunggu, Kami Hampir Saman Kuil Sebelum Di ...

Trafik Harian Ke Pantai Timur Dijangka Meningkat 8 ...

Penumbuk Tersangkut Dalam Mulut Bf Ketika Cuba R ...