Get $25 free
loading...

Bersih kecam guna POS Malaysia urus undi luar negara

Badan pemantau pilihan raya berkata SPR mesti pastikan keselamatan dan penghantaran undi itu, dan menambah misi luar negara lebih dilengkapi menjalankan tugas itu.

undiPETALING JAYA: Bersih 2.0 hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana melibatkan perkhidmatan pos negara dalam urusan kertas undi pos dari luar negara untuk pilihan raya umum akan datang, menyifatkan langkah itu sebagai amat dikesali.

Jawatankuasa pemandu pemantau pilihan raya itu berkata Wisma Putra dan kedutaan asing lebih dilengkapi untuk menyelaraskan kutipan dan membawa pulang kertas-kertas undi ke Malaysia.

“Menyerahkan tanggungjawab itu kepada POS Malaysia tidak masuk akal dan menghukum pengundi luar negara kerana tiada jaminan undi akan tiba di pusat pengundian sebelum 5.00 petang di hari mengundi.

“Integriti pilihan raya menghadapi risiko kerana SPR ditugaskan untuk memastikan akses, keselamatan dan penghantaran undi, yang nampaknya tidak begitu membimbangkan SPR.

“SPR sepatutnya memudahkan pengundi dan bukannya menyusahkan lagi,” kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Awal hari ini, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata Kementerian Luar Negeri tidak lagi akan menguruskan penghantaran kertas undi pos.

Beliau juga memaklumkan pengundi yang menetap di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia tidak layak diberi kemudahan mengundi melalui pos

“Pengundi dari kawasan-kawasan itu perlu membeli tiket dan memohon cuti supaya boleh pulang dan mengundi,” kata Bersih 2.0, menonjolkan kesusahan yang dikenakan ke atas pengundi di kawasan-kawasan itu, yang membentuk sebahagian besar pengundi Malaysia di luar negara.

Badan itu menambah ketiadaan pengumuman tarikh tetap pilihan raya umum bererti rakyat mungkin tidak dapat menguruskan cuti dan membeli tiket lebih awal.

Bersih 2.0 juga menggesa SPR menyelesaikan ketiadaan proses yang telus dan bertanggungjawab apabila rakyat mengundi di luar negara.

“Maklumat untuk membantu pengundi luar negara tidak mencukupi.

“Setakat minggu lepas sahaja, pemeriksaan oleh Bersih 2.0 mendapati kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia tidak dimaklumkan tentang perkembangan terbaharu yang diumumkan SPR, untuk menyediakan dan menasihati pengundi luar negara.”

Badan pemantau pilihan raya itu berkata keadaan itu akan menyebabkan pengundi menjadi keliru, dan “tidak dapat menggunakan sepenuhnya hak mereka” sebagai pengundi.

“SPR mesti memastikan perbincangan dan arahan yang betul dijalankan oleh kedutaan dan konsulat, kerana tanpa perkara itu pengundi akan berada dalam kekeliruan.”

Kekurangan pemantau pilihan raya di misi luar negara selama ini juga antara isu yang Bersih 2.0 mahu SPR selesaikan.

“Mengambil kira kekurangan pemantau pilihan raya dan integriti SPR yang dipertikaikan, Bersih 2.0 banyak kali menggesa SPR melaksanakan prosedur untuk pemantau pilihan raya luar negara bagi melindungi kerahsiaan pengundi dan keselamatan kertas-kertas undi.”

Badan pemantau itu kemudian menggesa rakyat di luar negara agar memastikan mereka berdaftar sebagai pengundi pos sesegera mungkin, kerana pembubaran Parlimen boleh diumumkan bila-bila masa.

“Borang yang diperlukan (Borang 1b) dan garis panduan untuk pengundi luar negara boleh didapati di laman sesawang SPR iaitu www.spr.gov.my dan borang lengkap mesti dihantar ke ibu pejabat SPR.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...