Get $25 free
loading...

3 dibenarkan pulang, 2 masih dirawat selepas minum kopi perisa durian

Dr-Wan-Mansor-kopiGEORGE TOWN: Lima individu, termasuk 2 wanita mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk dipercayai selepas meminum sejenis kopi sejak Ahad lalu hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, semua yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan beberapa ujian, namun 3 daripada mereka dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik.

Ketika ini, hanya 2 pesakit lelaki berusia 19 dan 45 tahun masih ditahan di wad HPP untuk rawatan serta pemerhatian.

“Dua lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan setakat ini juga tiada kematian serta kes baharu yang dilaporkan membabitkan mangsa yang mengalami gejala letih dan lemah selepas minum kopi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian ke atas semua pesakit dan sampel kopi berkenaan masih dijalankan serta pihaknya akan mengumumkan hasil ujian tersebut selepas mendapat keputusannya.

Semalam, 2 lelaki dilaporkan mengalami simptom letih dan lemah teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di HPP, dipercayai selepas minum sejenis kopi dan keadaan mereka dalam keadaan stabil.

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menjalankan beberapa ujian, termasuk ujian darah serta mendapatkan sampel kopi itu bagi mengenal pasti punca sebenar mangsa mengalami gejala berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa atau hospital.

1 lagi kes dimasukkan hospital selepas minum kopi perisa durian




lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...