Get $25 free
loading...

Kini JPN Terpalit Isu Identiti Sajat Pula

Share This:

Susulan aduan yang dikemukakan seorang penulis blog , Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan bertindak mengambil tindakan selanjutnya berhubung identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman itu.

Langkah itu dikatakan selepas video rakaman perbualan antara penulis blog berkenaan dengan pegawai JPN dimuat naik di akaun media sosialnya pada Isnin.

Menurut sumber, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, setiap aduan yang diterima jabatan itu akan disiasat.

“JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular,” katanya kepada mStar Online pada Selasa

Bagaimanapun beliau berkata, JPN bertanggungjawab menjaga dan memelihara rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.

“Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” tambahnya lagi.

Menerusi video berdurasi kira-kira tujuh minit itu, penulis blog tersebut menghubungi pegawai JPN bagi membuat aduan mengenai identiti Sajat.

Komunikasi dengan pihak JPN itu rentetan sebuah video sebelum ini kembali tular, di mana ia memaparkan Sajat menunjukkan sekeping kad pengenalan yang didakwa miliknya dan memaklumkan jantinanya.

Sementara itu, Sajat ketika ditanya mengenai video rakaman perbualan penulis blog tersebut dan pegawai JPN hanya menjawab ringkas: “No komen, itu saja.”

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menjelaskan bahawa jabatan itu bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam pada 16 Januari lalu.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...