Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata sebelum ini kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini.
Mahathir juga mengatakan ekonomi tak baik menjadi punca peluang pekerjaan kurang, maka lepasan universiti terpaksa menjual nasi lemak.
Mahathir yang juga calon perdana menteri sementara Pakatan Harapan memperlekeh orang Melayu dengan menyifatkan bangsa itu sebagai pemalas dan tidak boleh dipercayai. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, bekas perdana menteri keempat itu tetap mempertahankan kenyataannya itu.
Bukan semua orang boleh menjadi hampir bankrap semasa kegawatan ekonomi malah kemudiannya kembali menjadi antara jutawan terkaya dalam negara.
Beliau seolah-olah lupa pada zaman pentadbiran di bawahnya ekonomi lebih teruk jika mahu dibandingkan dengan pentadbiran pada zaman Najib kini.
Menurut sumber, pada awal 1980-an ramai yang dikatakan menjadi kondukter bas ketika itu, kini tiada lagi hiruk-pikuk bunyi deruman enjin bas dan tiada lagi suara konduktor bas terpekik terlolong memanggil penumpang untuk ke destinasi berbeza .
Perubahan berlaku pada zaman Najib, kini dikatakan ada juga yang sudah menjadi ahli perniagaan berjaya yang dahulu menjadi kondutor bas mini sahaja yang hanya berbekal gaji yang kecil untuk menampung kehidupan ketika zaman Mahathir.
Tidak perlu tipu pada zaman Mahathir ekonomi juga pernah merudum teruk, Semua naik. Minyak naik. Barang naik. Gaji ja tak naik-naik.
Walau apa pun, Mahathir perlu ingat graduan paling ramai menganggur ketika di zaman pemerintahan beliau. Ketika tahun 1997 semasa ekonomi tidak stabil di zaman pemerintahan Mahathir, kebanyakkan graduan jurusan ekonomi terpaksa menjual burger dan juga goreng pisang di pasar malam sebagai sumber pendapatan.
Malah banyak juga graduan dari bidang sastera dan juga pengajian Bahasa Melayu dikatakan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar kilang papan akibat dari peluang kerja yang kurang. Ini semua berlaku kerana Mahathir lebih mengutamakan dasar Pandang ke Timur ketika itu yang hanya menumpukan peluang kerja untuk golongan pertengahan.
Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sedar pada ketika pentadbirannya, ekonomi pada waktu itu juga merudum teruk, tidak dikira gagal pula ketika itu?
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini