Suspek merupakan perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.
Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan pada 6.10 petang ketika hadir memberi kenyataan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
“Difahamkan, wanita itu merupakan perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.
“Beliau dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan 3 jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri,” kata sumber itu.
Katanya, SPRM juga sedang menyiasat sama ada individu lain turut terlibat bersubahat dalam pemalsuan dokumen itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita itu namun enggan mengulas lanjut.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Pada 19 Januari, 2 pemimpin syarikat bergelar “Datuk” yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang dibebaskan.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Pmx: Sistem Mahb Kena Godam Dengan Tuntutan Rm44.2 ...

11 Tahun Tunggu, Kami Hampir Saman Kuil Sebelum Di ...

Isu Wang Ganjaran Tertangguh Bakal Selesai Selepas ...

Polis Pahang Kenal Pasti Lebih 40 'lokasi Panas' K ...