Perdana menteri berkata, pendekatan berkempen secara negatif untuk memenangi PRU14 tidak patut berlaku kerana rakyat berhak menentukan kerajaan pilihan.
NEW DELHI: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Kempen #UndiRosak yang dilancarkan pihak tertentu sebagai tindakan bertentangan sistem demokrasi diamalkan di Malaysia.
Katanya, pendekatan berkempen secara negatif untuk memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sepatutnya tidak dilakukan kerana rakyat Malaysia seharusnya diberikan hak menentukan kerajaan pilihan.
“Semua orang ada hak menggunakan kuasa yang diberikan Perlembagaan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak dan berdaftar (sebagai pemilih).
“Jadi, inilah masa untuk kita menggunakan hak kita menentukan kerajaan, ini pilihan kita sebab itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang individu menentukan siapa yang patut menjadi kerajaan Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.
Perdana menteri berkata demikian ketika diminta mengulas Kempen #UndiRosak yang sebelum ini tersebar di laman sosial dengan tanda pagar #UndiRosak atau #SpoiltVote, dan #ProtesPRU.
Najib dalam rangka lawatan kerja 2 hari di ibu negara India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean-India sempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog India dengan 10 negara anggota serantau itu.
Perdana menteri mengakhiri lawatan kerja itu hari ini dan dijadual pulang ke tanah air malam ini.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini