Veteran Umno itu berkata hanya masa akan tentukan sama ada bekas perdana menteri itu akan membawa kelahiran semula Mahathirisme.
VIDEO INSIDE
SHAH ALAM: Tengku Razaleigh Hamzah tertanya sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersungguh mahu melaksanakan janji melaksanakan reformasi institusi sekiranya menjadi perdana menteri nanti.
Melihat kepada sejarah 22 tahun Dr Mahathir memimpin kerajaan Barisan Nasional dari 1981 hingga 2003, serta usianya, Tengku Razaleigh berkata hanya masa akan tentukan sama ada Dr Mahathir akan membawa kelahiran semula Mahathirisme.
“Bolehkah seseorang menukar siapa diri mereka? Mungkin dia boleh, kita tak tahu,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.
Razaleigh berkata sekiranya Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada pilihan raya umum nanti, tiada jaminan Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri.
“PH mungkin sudah bersetuju tetapi gabungan itu terdiri daripada 4 parti. Kalau parti Dr Mahathir memang jumlah kerusi terbanyak maka mungkin mereka boleh calonkan.
“Namun begitu, Agong juga ada peranan untuk menggunakan pertimbangannya dan memilih orang yang akan menjadi perdana menteri.”
Ditanya mengenai polis menyoal isteri Dr Mahathir, Tun Siti Hasmah Mohd Ali kerana menyertai satu tunjuk perasaan September tahun lepas, Razaleigh berkata ia haya akan merosakkan imej parti pemerintah.
“Tidak ada faedah sama sekali. Ia hanya akan mencipta lebih banyak cerita untuk orang guna terhadap kerajaan dan parti pemerintah.”
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini