Get $25 free
loading...

Mesej Larangan Pekerja Muslim Solat Daripada Kedai Sukan Di Pavilion Tular

Share This:

Sebelum ini, isu larangan pekerja hotel bertudung menjadi satu diskriminasi bagi muslim di negara ini, kini seorang penyelia sebuah jenama sukan yang mempunyai cawangan di Pavilion bernama “Chihao” dikatakan telah memberi arahan dalam satu mesej yang sedang tular supaya pekerja-pekerja Muslim di kedai itu tidak dibenarkan solat.

Lebih teruk, mesej kemudiaannya dengan kasar menggesa mana-mana pekerja yang enggan patuh supaya menghantar surat perletakan jawatan.

Menurut sumber berkata, kedai pakaian sukan JD Sports Malaysia menafikan mereka melaksanakan polisi larangan solat kepada pekerja Muslim.

Pihak JD Sports Malaysia juga mendakwa insiden ini merupakan insiden terasing dan bukan sebahagian daripada garis panduan yang dilaksanakan oleh syarikat.

“Kami ingin memaklumkan dan memberi jaminan kepada semua pelanggan Muslim, rakan Muslim dan rakan kongsi Muslim bahawa larangan (solat) ini bukan satu polisi yang kami laksanakan. Ia merupakan satu tindakan peribadi individu yang bertentangan dengan identiti asas JD Sports sebagai satu jenama dan syarikat. Kami tidak memaafkan perbuatan biadap itu.”

Tambah syarikat itu lagi, mereka telahpun menyiasat insiden ini dan memecat pekerja yang bertangungjawab dengan serta merta.

“Kami telah menyiasat insiden ini dan mengenalpasti pekerja yang terbabit. Pekerja tersebut telah dipecat serta merta dan JD Sports menganggap perkara ini sebagai satu perkara serius.”

Tahun lalu pula, Muslim Malaysia dikejutkan dengan isu polisi larangan bertudung terhadap pekerja wanita Muslim di hotel. Rentetan itu, Kementerian Sumber Manusia dijangka akan meminda Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja yang mendapat sokongan banyak pihak .

Sebelum ini, anak pelakon dan pengarah terkenal Rosyam Nor juga berdepan dengan diskriminasi apabila diminta untuk membuka tudung sekiranya mahu bekerja di butik permainan kanak-kanak Hamleys Malaysia namun pihak Hamleys mendakwa mereka tidak pernah meletakkan polisi sedemikian.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...